Friday, 26 March 2010

semalam adalah kenangan

salam wbt..
pagi ini indah..pagi ini nyaman..pagi ini bahagia..pagi yang amat dan sentiasa membahagiakan ku..
semalam yang menggusarkan..semalam yang menyedihkan..semalam yang tiada upaya..semalam yang hilang serinya..
semalam yang mendetikkan hati untuk berubah..semalam yang mendesakkan aku untuk berdiri..sentiasa berdiri..berdiri di atas kaki sendiri..dan hari ini akan bermula kerana semalam sudahku bulatkan tekad..kukerahkan tenaga untuk tidak lagi bergantung pada siapa lagi..semalam yang menyedarkan aku..bahawa diri ini tidak bergerak..hanya usia dan masa yang terus berlalu..maafkan diriku wahai insan..sudah banyak aku menyusahkanmu..semalam adalah yang terakhir..pagi ini ia berakhir.. semalam adalah kenangan..kenangan yang suram..harapnya impianku ini bakal menjadi kenyataan.
saat ini aku rasakan betapa diri ini tidak berguna.tidak matang..tidak mampu..lemah..tak berdaya..di mana kekuatan dari dalam diri ini menghilang.sudah lama ku cuba jana-seakan tiada hasil..rasa ingin berputus asa.padahal haram untuk aku berputus asa..rasanya seakan merudum pula ketabahan hati..prestasi diri seakan samar--ZEROOO!!!Diri ini rasa ingin menangis..mudahnya ia berlinang..
Ya Allah..aku buntu pertolonganMu..bantulah aku untuk bertahan...
amiinn...
wasalam..

No comments:

Post a Comment