Tuesday, 30 March 2010

Dugaan buatmu..

Salam...
bersama kekuatan ku gesa otot-otot pada jari kecil untuk meluahkan isi hati kala ini.di bebani perasaan yang sentiasa serba salah..kalau hari ini aku gembira,dia sedih..kalau hari ini ku sedih,dia gembira...aku di cengkam gelisah,runsing memikirkan status kesihatannya..Ya Allah,ku doa agar dikau sihat selalu..
ku doa agar di lembutkan hatimu untuk sama-sama menjaga nikmat sihat dari illahi..wahai teman..mungkin diri ini tidak layak untuk menyatakan begitu...biarlah dari bait-bait tulisan ini menggambarkan rasa sayang dan cakna buatmu..ku doa,dikau tabah..jika hari ini Allah turunkan ujian buatmu..ketahuilah,ujian itu di turunkan kerana dikau mampu..wahai teman,ku sentiasa di sisi mu..insyaallah sampai akhir nafasku..wahai teman..dikau lah teman yang ku kasihi..kan ku abadikan rasa ini buatmu..aku di runtun sayu,ditambah lagi dengan sapaan angin rindu..ku harap dikau tabah..jagalah dirimu wahai insan..moga-moga dikau sihat dan bahagia selalu..semoga kita dapat melewati hari-hari usia ini dengan sebaiknya..
jika hari ini aku dilamun bahagia,ku harap dirimu begitu..jika hari ini terduduk aku merenungi ujian dariNya,ku harap dikau jua berada di sisiku..
wasalam..

No comments:

Post a Comment