Friday 21 September 2012

Rindu yang sentiasa mekar

Kanvas maya ini kembali menjadi tempat persinggahanku. Kalau dan kalaulah hati ini boleh menyatakan semua rasa yang bertandang. Tiada satu pun dapatku ungkapkan. Itu kelemahan.tidak dinafikan. Andai waktu dapatku putarkan kembali, pasti seribu coretan kenangan ku cuba lakarkan. Supaya bahagiaku, kegembiraanku dapat ku kenang kenang, pasti lenyap kesedihan sementara ini. Yang ada kini, hanya kenangan. Rasa rindu itu sakit. Menyesakkan. Namun apakan daya.Tiada kata yang terucap,juga tiada yang mengerti.. Ia merintih perasaan sendiri. Bila lagi bila kita boleh bertemu ayah? Tentu dalam mimpi, yang hadir dengan senyuman tanpa bicara, memerhati dan terus memerhatikan anak anakmu.. Terus terusan al fatihah ku kirim di hujung solat, buat ubat bahgia dikau di sana. Engkau adalah pinjaman buatku untuk diuji dan terus diuji, buat bekalan amalku dalam perjalanan ke akhirat sana. Tanpa sedar, pipiku dibasahi tangis sendiri.aku rindu. Wallahuallam.

Saturday 2 June 2012

masih ada lagikah zinnirah di zaman ini?

Allah..., Allah..., Allahu Akhbar, Allah Yang Maha Besar. Begitulah rintihan yang kedengaran daripada bibir merekah seorang wanita dek lapar dan dahaga menanggung derita kerana beriman.

Bayangkanlah betapa siksanya ditelentangkan di tengah padang pasir yang panas terik. Sedangkan badannya dihempap batu besar lagi berat. Kemudian disebat bertubi-tubi. Tetapi keadaan begini tidak sedikit pun memesongkan hati Zinnirah daripada meyakini kewujudan dan keesaan Allah. Hatinya berbisik, “Ini untuk-Mu wahai Tuhan-ku. Aku membeli kesusahan ini untuk kesenangan akhirat kelak. Aku sedar untuk memperoleh syurga terpaksa melalui ujian berat. Sedangkan jalan ke neraka itu di pagari nikmat.”

Penyiksaan demi penyiksaan diterima oleh Zinnirah dengan penuh tabah. Kaki dan tangannya diikat. Tamparan serta tendangan yang hinggap di tubuhnya tidak sedikit pun mengubah fikiran Zinnirah. Begitulah keadaan hamba perempuan Umar al-Khattab yang telah memeluk Islam sebelum tuannya sendiri beroleh hidayah Allah. Umar yang terkenal bengis semasa jahiliyahnya tidak pun menaruh belas terhadap hamba-hambanya yang memeluk Islam. Kesemuanya disiksa dengan dahsyat!

Zinnirah termasuk di kalangan generasi awwal yang memeluk Islam. Pasti dia telah menerima seruan Rasulullah secara rahsia. Zinnirah menerima cahaya keimanan itu dengan hati yang insaf dan sedar bahawa Yang Maha Pencipta sajalah yang berkuasa ke atas hamba-hamba-Nya. Dia menunaikan ibadtnya secara sembunyi pada waktu malam.

Dalam keheningan dan kesunyian malam, dia sujud memohon pertolongan Allah. Setiap kali ayat-ayat Al-Quran dibacanya, pasti tidak henti-henti airmatanya berlinangan. Bilamana terbaca ayat Al-Qur’an yang menggambarkan siksaan api neraka, dia menangis hingga pengsan. Jiwa tauhid tertanam tebal dalam dirinya, tiada suatupun dapat mempengaruhinya melainkan kekuasaan Allah.

Penyiksaan terhadap Zinnirah berada di kemuncaknya bilamana kedua-dua matanya dicucuk dengan besi tajam. Akhirnya gelaplah seluruh penglihatannya. Terlalu zalim penyiksaan tersebut. Namun hatinya masih mampu berbisik, ‘Ya Allah, aku lebih rela dibunuh daripada menjual agama-Mu. Semakin dahsyat penyiksaan ini, semakin kurasai kehebatan dan keagungan-Mu. Panahan cinta-Mu itulah yang menguatkanku menanggung azab ini. Ya Allah! Berilah petunjuk kepada orang yang menyiksaku...”

Bukan sahaja Zinnirah tidak berdendam, malahan ketabahnnya semakin mendalam. Meski pun matanya telah buta tetapi hatinya tetap celik dan berupaya melihat cahaya kebenaran Islam. Begitulah hakikat iman, kesannya terhadap hati memang luarbiasa. Apatah lagi jika disertai dengan pengorbanan yang sangat besar seumpama yang telah dikorbankan oleh Zinnirah. Ini bertepatan dengan maksud firman Allah yang berbunyi :
“Tidak ada sesuatu pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akn memberi petunjuk kepada hatinya Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (At-Taghaabun: 11)

Apabila melihat keadaan Zinnirah, orang-orang Quraisy cuba mempermain-mainkannya supaya terpesong daripada Islam. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari tuhan mereka, Latta dan Uzza. Zinnirah menolak dakwaan itu dengan pendiriannya yang tegas. Dia tahu dengan jelas, Latta dan Uzza itu hasil ciptaan tangan orang-orang kafir Quraisy. Bila-bila masa saja ia boleh dimusnahkan, dan sudah tentu tidak mungkin buatan manusia tidak dapat mendatangkan sesuatu bencana maupun rahmat.

Zinnirah tetap menegaskan, bahawa matanya buta atas kehendak Allah. Maka hanya Allah jua yang akan dapat menghilangkan bencana yang ditanggungnya. Dengan pendirian Zinnirah itu, bertambah-tambah kemarahan orang-orang kafir Quraisy. Mereka memperhebatkan lagi siksaan terhadap Zinnirah dan terus mencabarnya untuk membuktikan kebenaran pendiriannya itu. Zinnirah terbukti tegas dan tabah. Keyakinannya tidak sedikit pun tergugat dan berganjak. Semuanya ini tidak sia-sia di sisi Allah. Ketabahan luar biasanya itu telah beroleh ganjaran yang ajaib!

Allah Yang Maha Berkuasa telah mengembalikan penglihatan Zinnirah! Malahan matanya dapat melihat dengan lebih terang dari sebelumnya. Ditambah dengan sesuatu yang menakjubkan; sinaran mata Zinnirah menyilaukan pandangan orang-orang kafir Quraisy! Begitulah pertolongan Allah kepada Zinnirah untuk menambah kekuatan imannya. Saydina Abu Bakar As-Siddiq sendiri datang menebus Zinnirah dengan harga yang tinggi. Mulai saat itu bebaslah Zinnirah daripada penindasan orang-orang kafir Quraisy.

Begitulah Islam datang untuk membebaskan manusia daripada perhambaan terhadap selain daripada Allah. Manusia seluruhnya hanya wajib memperhambakan diri kepada Allah semata-mata. Setiap Muslim mesti berpegang teguh dengan prinsip, ‘Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.’ Di situlah juga terletakkannya keunggulan generasi awal Islam bertepatan dengan maksud firman Allah :
“Kamu sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, supaya kamu menyuruh mengerjakan kebaikan dan melarang memperbuat kejahatan.” (Ali-Imran:110)

Bagaimana pula kita sebagai anak muda Islam hari ini? Anak muda hari ini disifatkan sebagai bakal pemimpin hari esok. Anak muda hari esok pula pasti akan mewarisi watak remaja hari ini. Sedangkan untuk mewarisi segala bentuk kebaikan, anak muda hari ini sepatutnya mencontohi anak muda masa silam. Yang dimaksudkan dengan anak muda masa silam ialah generasi awal Islam yang Rasulullah didik dengan prinsip Islam. Hati mereka telah ditanam dengan iman yang mendalam.

Untuk menjelmakan hakikat ini dalam kehidupan kita, setiap pengetahuan Islam yang telah kita pelajari selama ini mestilah diamalkan sepenuhnya. Tidaklah tinggal sebagai ilmu pengetahuan semat-mata. Dengan benar-benar melaksanakan tuntutan Islam kita akan berjaya menepis sebarang pujukan syaitan yang sentiasa berusaha menghalang kita daripada menghambakan diri semata-mata kepada Allah.

Apabila kita fokuskan penelitian ini ke atas anak gadis dewasa ini, kesan yang akan wujud dalam masyarakat masa depan sangatlah besar dan penting. Ini berdasarkan pendapat, apabila baik wanita sesebuah masyarakat itu, maka akan baiklah juga masyarakat tersebut. Wanita juga disifatkan sebagai tulang belakang dalam kehidupan berkeluarga. Justru itu persediaan seawal usia remaja mestilah diberi perhatian. Supaya hati mudah terpimpin untuk mematuhi perintah Allah sepertimana keyakinan dan ketaatan yang dimiliki oleh Zinnirah. Hanya hati yang demikian akan bebas daripada cengkaman nafsu. Hati tersebut merdeka daripada sebarang rasa gelisah serta menjamin pemiliknya beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Dengan lain perkataan mengecap kebahagiaan di dunia manakala di akhirat beroleh syurga idaman.

 wallahuallam..

dipetik dari satu sumber !

Sunday 6 May 2012

hari minggu


Kolej kediaman fakulti perubatan kampus selayang bagaikan tiada penghuni. Sunyi. Jam menunjukkan angka 7.30 pagi. Terlalu awal untuk melakukan apa apa.tubuh terasa berat. Ibarat menggalas beban tak terhitung nilaiannya. Masih awal.hati kecil memujuk lembut. Subuh ku pagi ini lewat. Dari pandangan sekilas ke luar tingkap, jelas sudah lewat. Sesal terbit di jiwa.melemahkan lagi urat sarafku saat ini. Lantas, Al-Quran berkulit hijau kegemaranku di capai. Aku meneruskan bacaan di pagi hari, di niatkan sedekah buat arwah ayah yang lebih sebulan menghadap illahi. Ku susuri ayat dari Sang pencipta ku. Tersembunyi seribu makna, seribu peringatan. Peringatan yang berulang-ulang. Hati tenang biarpun penat masih terasa.

Alhamdulillah, aku masih hidup hari ini.masih mampu menggerakkan setiap sendi ku tanpa rasa sakit, mampu melompat dengan riang dan mampu tersenyum dengan lebarnya.Allah sayangkan hambanya.Alhamdulillah..syukurku panjatkan padaMu.
di rumah ini, aku dan ismah hanya berdua, selebihnya pulang ke rumah bertemu keluarga dan ada yang mengikuti program tarbiyah. Masa berlalu pantas. Aku merenung diriku.fikiranku jauh menerawang entah ke mana. Kosong.

Dalam khayalan minda itu, aku kembali terlelap, bertelekung putih lengkap. Selesa rasanya. Enak.
Angin bayu menyapa pipiku, menyedarkanku dari lena pagi.pandanganku tertumpu pada jam dinding. Cepatnya masa berlalu. Jam 9.00. rumahku masih sunyi. Tentu cik ismah masih enak di buai mimpi.aku terus bangkit menyiapkan diri. Entah kenapa badanku terasa penat. Pelik rasa itu.susah untuk diceritakan. Ku cuba usir rasa letih itu, ia tetap juga bertandang, bagai segan berpisah dari jasadku. Aku selalu merasakan pagi masih awal selagi mana pancaran mentari tak sampai ke wajah. Ahh,bagaimana nak merasa bahang sang mentari kalau hanya berkurung di bilik sahaja?. Langsir ku selak, hanya dua biji mata ku benarkan melilau keluar. Takut juga ternampak dek orang kepala tak bertutup. Aduhh.. aku mengeluh.ke mana warga selayang? Di mana kamu semua.hati kecilku menjerit. Benci rasa ini.rasa bosan. 

Langkahku hayun ke arah kamar seram ismah. Diam tanpa kata. Pintu biliknya perlahan lahan ku kuak. Sebujur tubuh sedang enak di buai mimpi. Matanya rapat terpejam. Sesekali berkerut kening. Mimpi ngeri apa yang sedang di hadapi sahabat tercinta ini. Aku buntu. Rasa bosan menyelinap lagi. Menambah penat dan lelah yang menyerang.walhal masih tiada apa pun yang ku kerjakan untuk hari ini. Aku memilih untuk menyediakan sarapan ringkas, cukup melenyapkan bunyi bunyian daripada pergerakan aktif si usus. Segelas milo dan sekeping roti kosong. Alhamdulillah.kenyang....

Menghampiri rak yang penuh dengan buku, tanganku pantas mencapai buku ortho. Dalam hati ‘jadahnya apa ku belek kamu si buku sedang kawan kawanku sedang bahagia dengan keluarga’.. helaian buku ku selak tak bermaya. Ringkas. Aku memulakan bacaanku dengan lafaz agung puji pujian padaNya. Moga mengalir keberkatan bersama. Tekun ku baca,  tak kusedar dah hampir ke penghujung. Aku kembali menoleh jam di dinding.Allahu..rasa penat ini luar biasa. Mungkin terlebih tido? Atau kurang air dalam badan? Atau stress kerana bosan? Otakku terus berteka teki. Namun tiada jawapan. Perutku berbunyi minta di isi. Manakan tidak kalau jarum jam sudah di angka satu? Nampaknya cik ismah masih dibuai buai. ku harus segera mengejutkannya.kerana aku benar benar lapar. Dan aku juga bosan sendirian.

Aku dan ismah menjamu selera di anjung restauran. Masakan pantai timur. Pilihanku. Perjalanan ke restauran itu ku rasakan lama. Aku penat.mungkin sebab itu fikirku. Kami beriringan pulang ke kediaman setelah selesai. Di rumah, solat zohor kami berjemaah. Indahnya. Tetapi sunyi tetap mengisi ruang hati. Petang itu, aku mengadu pada cik ismah. Ku nyatakan rasa yang terbuku di hati.bosan. pesanan ringkas ku hantar pada kakak di sibu. Kalau bukan aku yang mulakan, janganlah di harap untuk menerima sms darinya.
Petang itu, aku buntu. Apa saja yang di lakukan, ku rasa serba tak kena. Kenapa ni? Kenapa ni? Ahh..bosan. serius. Kembali aku pada si buku..othopaedics.ohh..ortho.
 aku terus menelaah penuh gian semangat. Hinggalah saatnya aku kembali terlelap.
Terlelap kali ini bukan kosong. Dengan mimpi.mimpi ngeri.penuh emosi.

**********************
Aku berlari sekuat hati. Dari ekor mataku, ternampak pemuda berwajah bengis cuba mengejar seseorang. Malang, wajahnya tak dapat di kenal pasti.hampa. aku cuba mengenali pemuda itu.gagal lagi.samar kabus gelap bercampur. Seperti tidak membenarkan. 

Di tangan pemuda itu terdapat sebilah parang. Dia asyik mengekori seseorang itu. Aku cuba berlagak berani.menyiasat dari kejauhan. Di pukul seseorang itu penuh amarah dan benci. Kesumat dendam bagai bertahun di simpan. Aku menyaksikan detik cemas itu dengan penuh debaran. Dapat di rasakan degupan di dada kian kencang.darah pekat mengalir. Namun aku masih gagal untuk mengenali dia. Siapa dia? Dan kenapa? Tidak semena mena, pemuda itu terpandangku. Kaget di pandang penuh tajam. Bagai sang singa yang kelaparan. Tidak dapat ku gambarkan takutnya aku di saat itu. Terpisah jantung dari jasad.
Apa lagi? Seribu langkah aku mulakan.tenaga yang ada ku kerahkan untuk melarikan diri. Namun dia semakin menghampiri. Pelik. Terbang atau dia berlari.kenapa mesti sepantas kilat?soalan berputar di benakku terbiar tanpa dijawab. 

Dia cuba menangkapku.berjaya ku elak.ku kira aku juga hebat. Dan pada saat itu, dia sedang menghayungkan parang di tangannya. Aku gementar. Urat sarafku bagai terputus. Degupan jantung paling kuat pernah aku rasakan. Dan aku menjerit sekuat hati minta diselamatkan.ayaaaaaaaaaaahhhhhhhh....!!!!!
Mataku terbuka luas. Peluh dingin memercik di dahi. Debaran masih bersisa. Bagai realiti.astaghfirullah..aku bermimpi.mimpi.mimpi.

Ku kembali pejamkan mata. Dan kubuka.berkelip kelip.samar pandanganku.astaghfirullah.. tapi..ayah? aku menjerit memanggil ayah minta di selamatkan. Dan sejenak kemudian, aku  kembali sedar, yang aku sudah tidak punya ayah. Bukankah ayahku sudah meninggalkanku lebih sebulan yang lalu..air mataku bergenang. Aku mengucap panjang.istighfar tanpa henti..
Segera aku sedekahkan Al fatihah buatnya. Benar, aku rindukannya.aku tidak menipu.ya, aku benar benar rindukannya. 

Ku seka air mataku supaya sedih tidak berpanjangan. Tiba tiba cik ismah menjengah dari daun pintu bilikku. Sambil tersenyum ‘ yah, jom solat. Dah asar ’. ku balas senyumannya. Aku terlelap agak lama. Gembira si syaitan.bukan?  aku segera bangun menunaikan kewajipan muslim.hutangku pada Dia perlu di segerakan.

Wallahua’llam