Thursday 27 January 2011

Mengemis kasih


Tuhan..
dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta...

Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah...

Semalam yang sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka itu ku harap sudah berlalu....

Tak ingin lagi...
Ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati...

Tuhan...
dosaku menggunung tinggi..
Tapi rahmat-Mu melangit luas

Harga selautan syukurku..
hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan...
walau taubat sering kumungkir..
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi

Bila selangkah kurapat pada-Mu...
Seribu langkah Kau rapat padaku....


Dalam sujudku, dalam sisa umurku ini..ku panjatkan harapan,ku pertaruhkan hati.... untuk sebuah kebahagiaan yang ku persembahkan untuk ayah dan ibuku di yaumul mahsyar nanti...Jadikanlah kami utuh dalam dakapan kebersamaan..
ampunilah aku...
Dengan masa yang tersisa ini..hidupkan aku dengan penuh rasa syukur dan redha...
ampunilah aku ya Allah...

p/s: Diam bukanlah ubat kebah pada jiwa yang tidak tenteram





Friday 21 January 2011

Tidak bermakna


terasa ingin menangis lagi
jauh
hilang punca
hilang pautan
kasih
yang manis terasa hambar
dek kesedihan dan tangis yang mendera
bisu di bibir mendayu dayu di dada
sayang
hilang tersembunyi
sukar di cari
bagaikan tiada erti
terpelosok di kamar kemurungan yang merajai diri
diri terasing dari alam
sekelilingku hitam
terjatuh berpaut terjatuh dan terjatuh lagi
seadanya aku di sini
tidak layak buatmu
mohon kesedaran yang pantas darimu
lemah
lelah
baruku sedar
diriku tidak tercipta buatmu
jauh
pohon lekas jauhi aku
kerna
ku cari
KEBAHAGIAAN
yang datang
dari
KETENANGAN
hati
~nukilan: Dya~

Tuesday 11 January 2011

smile


salam..
after an emergency of data presentation...
smile of satisfactory...
learning something for today..
it is all about doing mistake..
my dear, never mind if u did mistake.
take the lesson and apply!!!

Allah knows..Allah knows..and insyaallah..
Do better next..=)

sometimes


salam wbt..
up to this late of night..
in front of my lappy,
with confusing minded,
spechhless!!
realized that today haven't talk much
silence creeps...
tiredness all over...
they are going to sit an exam
an assessment..
with me myself too
tommorow...the day of data set and statistics..
hope for a smile...
ever...
wassalam..

Wednesday 5 January 2011

Segalanya kerana Allah

salam wbt..
Hari ini hari yang di kira agak bertuah buat saya kerana hari ini tanpa sakit perut...jika 3 hari lepas saya adalah juara kategori kesian kerana terpaksa berulang alik ke tandas dan lebih malang saya juga jatuh di dalam bilik air..dugaan silih berganti - makna sabar dihayati...

bercerita mengenai kejadian yang menimpa saya pada hari hari yang lepas itu bukanlah topik yang saya ingin ceritakan pada entry kali ini..bukanlah kiranya niat untuk menagih simpati dan belas ihsan dari sahabat2 dan sesape sahaja yang singgah di sini..tetapi kerana saya seorang yang kontang ideanya..tapi..tapi dan tapi...

Minggu ini adalah minggu terakhir saya dan sahabat sahabat dari urban health posting terlibat dengan visit yang melibatkan pelbagai tempat di sekitar Kuala Lumpur..dan hari ini kami sudahpun ke persatuan syndrom down malaysia yang terletak di jalan U-thants KL..perjalanan yang sepatutnya hanya memakan masa beberapa minit tetapi menjadi berjam jam lamanya lantaran ???hujan lebat+traffic jam+banyak kenderaan-menjadikan mood saya hilang serta merta dan inilah hakikat kehidupan di bandar...STRESS KE? jwab sendiri~

Saya tidak mahu bercerita dengan panjang dan lebar mengenai persatuan ini..tetapi, yang benar2 menarik minat saya pada visit2 yang telah dijalankan minggu ini adalah yg mna sebahagiannya mengingatkan saya pada emak dengan kata katanya iaitu lillahi taala (kerana Allah)..ataupun dengan bahasa yang mudahnya ikhlas..keihlasan ..ketulusan.hmm...persoalannya senangkah kita menjadi ikhlas?? bohonglah jika jawapannya mudah sangat! Untuk menjadi ikhlas sangatlah susah..jika ibadat yang dilakukan bukan kerana ikhlas adalah sia sia, ni apakan lagi dengan kebaikan(ibadah juga) seharian tidak kiralah dari segi perbuatan dan percakapan kita..
terasa beremosi pula bila bercakap mengenai ikhlas..~ mungkin ada peristiwa yang berkait rapat dengan jiwa saya .tidak perlu huraian panjang!cukup di sini.tutup.

Saban hari ketika mengadakan lawatan ke pusat jagaan dan rawatan orang-orang tua Al-Ikhlas di Puchong Selangor, hati sy benar benar tersentuh. Kenapa ya?? pusat jagaan ini di asaskan oleh Puan Muji,seorang kakitangan krajaan yang masih menabur khidmat sebagai matron di Hospital serdang..Beliau mengusahakan pusat jagaan ini dengan usahanya sendiri yang anggotanya adalah dari kalangan anak beranaknya juga...menggunakan hasil titik peluhnya sendiri tanpa perlu menagih bantuan dari sesiapa..tidak rasa apa apakah?? kerana minat yang terpendam dari usia muda dulu,beliau mampu melakukannya..kerana apa? kerana ikhlas dan kesungguhan..

lagi menyentuh perasaan apabila di beritahu yang dirinya menghidap breast cancer stage 4,but still able to do such kind work with heart..semangatnya begitu tinggi. Dan ketika sedang leka dengan angan angan sendiri, saya teringat arwah Dr.Mas Afzal yang kisahnya menyentuh hati dengan semangat juang yang tak pernah padam..hati sebak~Al- fatihah..

Dan di situ saya sempat berbual bual dengan seorang pakcik, br beberapa bulan menetap di situ atas pilihan sendiri dengan alasan tidak mahu menyusahkan anak2...lagi saya terguris, kerana emak sy juga pernah menyatakan hal yg lebih kurang sama. Dinasihatinya saya seolah olah sy adalah anak kandungnya supaya buat segala galanya yang terbaik~ ikhlas yang terselit dapat saya rasakan..(insyaallah pakcik!!)

dan pagi tadi saya ke persatuan syndrom down malaysia..melawat kanak kanak istimewa yang pada pandangan manusia mungkin tidak sempurna..walhal sudah jelas lagi terang yang sememangnya ciptaan Allah itu adalah yang terbaik dan sempurna..insyaallah ada lebih dan kurangnya.Cuma kita manusia yang meletakkan andaian dan persepsi sendiri kepada mereka..... Di sini, anak anak ini sangat gembira menyambut ketibaan kami.mereka sangat dan sangatlah excited melihat kami..di suruh salam,salam... disuruh cium, cium...bukan sekali.tetapi banyak kali..sampaikan sahabat saya lencun dengan air liur mereka.=)

dan saya masih terkial kial di suatu sudut dan agak bingung untuk berbuat apa di situ walhal itulah field study yang saya kena lakukan.dan jugak....sume orang pun tahu saya agak tidak biasa dengan kanak2..ish..mungkin kerana saya anak bongsu..tapi itu bukan alasan kan..
masing2 bermain main dengan mereka..sy tidak begitu aktif pada hari ini..everything...my body parts has shut down.,?? kerana saya tidak breakfast langsung bimbang kalau2 saya terpaksa menyusahkan sume orang -sakit perut!! boleh di katakan segalanya slow pada diri saya.telinga seolah olah pekak,suara sangat2lah perlahan dan otak pun lambat mentafsir setiap patah perkataan yang keluar dari ceekgu2 di situ mengenai persatuan ini..apa nak jadi.

Di sini saya mendapat banyak pengajaran, terutama dari kisah ceekgu Wan Faridah yang juga salah seorang ibu kepada kanak-kanak istimewa ini. Dari raut wajah mukanya yang bercerita, saya tahu yang beliau seorang ibu dan juga ceekgu yang sangat sabar..sangat sabar!! syabas buat ceekgu..di ceritakan kisah hidupnya yang dahulu seorang yang bekerja dengan syarikat texus?texas? saya pun tak pasti..tapi itulah bunyinya.yang mana pada waktu itu,gajinya boleh tahan tetapi beliau mengambil inisiatif untuk resign dari kerja itu apabila melahirkan anak syndrome down...naluri keibuan yang sangat kuat dan sayangkan anak juga kasihan dan bimbang masa depannya,ceekgu telah memilih untuk mencari bagaimana ingin menjaga mendidik supaya quality of life golongan ingin di tahap insan insan normal yang lain.Jadi? beliau sangat bersungguh sungguh dan ikhlas eventhough she knows gaji x seberapa, banyak nak kena sukarela hati nak buat those things..but still,she can even manage her children as well as the other children in the place.good~




masih ingat.."ceekgu rasa gembira sangat bila anak anak ni dah boleh masuk sekolah,dah boleh berdikari like x pakai pampers sepanjang masa until besar.dah boleh makan sendiri, pergi toilet dan semuanya sendiri.."
saya nampak matanya berkaca..hmm..tulus dan ikhlas jsamu ceekgu mendidik anak anak ini dengan penuh sabar..moga Allah balas kebaikanmu itu~
kesimpulan??
jarang sekali berhadapan dengan orang orang yang ikhlas...tapi sebenarnya mereka wujud..perlu upgrade diri kita..tingkatkan prestasi diri
biar niat untuk berbuat sesuatu secara ikhlas yang timbul pada permulaannya akan kekal sampai akhir..
bukanlah seseorang yang sempurana untuk berbicara perkara ini..tetapi,rasanya tak salah kita sama sama jadi ikhlas..
dan kalau2 bimbang jadinya tidak ikhlas, tak usah teruskan..peringatan buat diri..
yang sangatlah tidak sabar...
semoga ikhlas...

Sunday 2 January 2011

Innamal a'malu binniyyat


salam wbt..

penat menghadap komputer..menyiapkan sedikit tugasan yamg bersisa untuk malam ini..akhirnya siap juga.sedikit lega.
putaran kipas menghiasi sunyinya malam ini..ku hempas tubuh yang sudah hampir longlai di atas katil yang sedikit sahaja lembutnya dengan hamparan cadar hijau pucuk pisang yang juga sedikit serabut.diam sebentar~

lalu di capai mp3 yang bersepah di atas meja.dan di situ..terdengar..
"hatiku merayu rindu,kasihku padamu syahdu..munajat hamba padaMu, mengharap kasih sayangMu..rinduku ya rasulullah,padamu ya habiballah..engkaulah buah hatiku,engkaulah kekasih Allah..my heart is loving u.my heart is just for you.knowing you Allah i will try to get close to you.."
dan menyusul pula selepasnya.."cinta itu cahaya sanubari, kurniaan tuhan fitrah insani.. dan di mana terciptanya cinta,di situ rindu bermula..cinta itu tidak pernah meminta..tetapi memberi sepenuh rela.rasa bahagia,biarpun sengsara.. berkorban segala gala..semua kerana cinta..yang pahit manis dirasa.menghibur nestapa, merawat luka damai di jiwa...dan terjalin lah kasih sayang..tanpa nafsu yang mencemarkan"

persoalan cinta pula singgah di benakku waktu ini..waktu yang hampir dengan lelapku..

bila saya renung balik usia selama 21 tahun hidup atas muka bumi ini,banyak sekali saya lebihkan cinta pada manusia,tidak kiralah siapakah manusia itu...

sehinggakan saya dapat rasakan 2 3 menjak ini solat saya pun tidak begitu terkesan di hati~
adakah hati dan jiwa saya terlalu kontang dengan zikir dan bacaan al quran??
Ya...saya sedar saya begitu malas melakukan semua itu..dan saya juga sedar yang saya kerap tidak ikhlas dalam tiap tiap perkara.dalam hidup seharian..
cintakan Allah jarang jarang,cintakan rasulullah sekali sekala...so??ape nak jadi dengan diri saya ni..tahun 2010 telah berlalu..dan hari ini hari ketiga dalam tahun 2011.masih mencari arah..sedangkan awal muharram telah lama berlalu..sunyi malam ini menambahkan resah pada diri saya..menghitung percaturan hidup yang setiap darinya sentiasa dua..sama ada baik vs jahat,lelaki vs pempuan,dan banyak lagi..yang fitrah berpasang pasang..
hidup ini ada 2..baik dan jahat.pilih baik jadi untung dan rugilah mereka mereka yang memilih kejahatan..saya juga merasakan hidup saya dan setiap orang pun takkan terlepas dari apa jenis kesilapan tidak kiralah sama ada ia kecil ataupun besar..tetap silap/salah/dosa..

tetapi yang menjadi masalah ialah diri saya ini terlebih silapnya...dan saya ingin menjadi insan baik baik juga~
jadinya..dari pagi tadi lagi,sudah timbul niat untuk jadi lagi baik..untuk cuba tangkis godaan godaan itu..cuba memperbaiki diri saya sendiri..sebab khuatir dan bimbang hati yang kontang ini akan mati..permenantly died!! sehingga sudah tidak kisah akan kejahatan yang sentiasa di lakukan..hilang takut..nauzubillah~

mulanya niat ini harapnya mengubah diri ke arah lebih baik..
lebih lebih baik..insyaallah sekeliling baik baik juga..ameen.
harap punya kekuatan untuk melakukannya. saya yakin Yang Maha Mendengar sentiasa bersama saya..maka, saya memohon di beri extra kekuatan untuk teruskan niat saya ini..

kelemahan diri harus diperbaiki..yakin pertolongannya~
ku berserah sepenuhnya..
padaMu ya Rabbi..

Dari Umar bin Khathab Ra. berkata :
"Aku telah mendengar rasulullah saw.bersabda : Sesunggunya segala amalan itu tergantung pada niatnya. dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya karena Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya.dan barang siapa hijrahnya menuju dunia yang akan di perolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju."
(HR : Bukhari & Muslim)
wassalam.