Wednesday 5 January 2011

Segalanya kerana Allah

salam wbt..
Hari ini hari yang di kira agak bertuah buat saya kerana hari ini tanpa sakit perut...jika 3 hari lepas saya adalah juara kategori kesian kerana terpaksa berulang alik ke tandas dan lebih malang saya juga jatuh di dalam bilik air..dugaan silih berganti - makna sabar dihayati...

bercerita mengenai kejadian yang menimpa saya pada hari hari yang lepas itu bukanlah topik yang saya ingin ceritakan pada entry kali ini..bukanlah kiranya niat untuk menagih simpati dan belas ihsan dari sahabat2 dan sesape sahaja yang singgah di sini..tetapi kerana saya seorang yang kontang ideanya..tapi..tapi dan tapi...

Minggu ini adalah minggu terakhir saya dan sahabat sahabat dari urban health posting terlibat dengan visit yang melibatkan pelbagai tempat di sekitar Kuala Lumpur..dan hari ini kami sudahpun ke persatuan syndrom down malaysia yang terletak di jalan U-thants KL..perjalanan yang sepatutnya hanya memakan masa beberapa minit tetapi menjadi berjam jam lamanya lantaran ???hujan lebat+traffic jam+banyak kenderaan-menjadikan mood saya hilang serta merta dan inilah hakikat kehidupan di bandar...STRESS KE? jwab sendiri~

Saya tidak mahu bercerita dengan panjang dan lebar mengenai persatuan ini..tetapi, yang benar2 menarik minat saya pada visit2 yang telah dijalankan minggu ini adalah yg mna sebahagiannya mengingatkan saya pada emak dengan kata katanya iaitu lillahi taala (kerana Allah)..ataupun dengan bahasa yang mudahnya ikhlas..keihlasan ..ketulusan.hmm...persoalannya senangkah kita menjadi ikhlas?? bohonglah jika jawapannya mudah sangat! Untuk menjadi ikhlas sangatlah susah..jika ibadat yang dilakukan bukan kerana ikhlas adalah sia sia, ni apakan lagi dengan kebaikan(ibadah juga) seharian tidak kiralah dari segi perbuatan dan percakapan kita..
terasa beremosi pula bila bercakap mengenai ikhlas..~ mungkin ada peristiwa yang berkait rapat dengan jiwa saya .tidak perlu huraian panjang!cukup di sini.tutup.

Saban hari ketika mengadakan lawatan ke pusat jagaan dan rawatan orang-orang tua Al-Ikhlas di Puchong Selangor, hati sy benar benar tersentuh. Kenapa ya?? pusat jagaan ini di asaskan oleh Puan Muji,seorang kakitangan krajaan yang masih menabur khidmat sebagai matron di Hospital serdang..Beliau mengusahakan pusat jagaan ini dengan usahanya sendiri yang anggotanya adalah dari kalangan anak beranaknya juga...menggunakan hasil titik peluhnya sendiri tanpa perlu menagih bantuan dari sesiapa..tidak rasa apa apakah?? kerana minat yang terpendam dari usia muda dulu,beliau mampu melakukannya..kerana apa? kerana ikhlas dan kesungguhan..

lagi menyentuh perasaan apabila di beritahu yang dirinya menghidap breast cancer stage 4,but still able to do such kind work with heart..semangatnya begitu tinggi. Dan ketika sedang leka dengan angan angan sendiri, saya teringat arwah Dr.Mas Afzal yang kisahnya menyentuh hati dengan semangat juang yang tak pernah padam..hati sebak~Al- fatihah..

Dan di situ saya sempat berbual bual dengan seorang pakcik, br beberapa bulan menetap di situ atas pilihan sendiri dengan alasan tidak mahu menyusahkan anak2...lagi saya terguris, kerana emak sy juga pernah menyatakan hal yg lebih kurang sama. Dinasihatinya saya seolah olah sy adalah anak kandungnya supaya buat segala galanya yang terbaik~ ikhlas yang terselit dapat saya rasakan..(insyaallah pakcik!!)

dan pagi tadi saya ke persatuan syndrom down malaysia..melawat kanak kanak istimewa yang pada pandangan manusia mungkin tidak sempurna..walhal sudah jelas lagi terang yang sememangnya ciptaan Allah itu adalah yang terbaik dan sempurna..insyaallah ada lebih dan kurangnya.Cuma kita manusia yang meletakkan andaian dan persepsi sendiri kepada mereka..... Di sini, anak anak ini sangat gembira menyambut ketibaan kami.mereka sangat dan sangatlah excited melihat kami..di suruh salam,salam... disuruh cium, cium...bukan sekali.tetapi banyak kali..sampaikan sahabat saya lencun dengan air liur mereka.=)

dan saya masih terkial kial di suatu sudut dan agak bingung untuk berbuat apa di situ walhal itulah field study yang saya kena lakukan.dan jugak....sume orang pun tahu saya agak tidak biasa dengan kanak2..ish..mungkin kerana saya anak bongsu..tapi itu bukan alasan kan..
masing2 bermain main dengan mereka..sy tidak begitu aktif pada hari ini..everything...my body parts has shut down.,?? kerana saya tidak breakfast langsung bimbang kalau2 saya terpaksa menyusahkan sume orang -sakit perut!! boleh di katakan segalanya slow pada diri saya.telinga seolah olah pekak,suara sangat2lah perlahan dan otak pun lambat mentafsir setiap patah perkataan yang keluar dari ceekgu2 di situ mengenai persatuan ini..apa nak jadi.

Di sini saya mendapat banyak pengajaran, terutama dari kisah ceekgu Wan Faridah yang juga salah seorang ibu kepada kanak-kanak istimewa ini. Dari raut wajah mukanya yang bercerita, saya tahu yang beliau seorang ibu dan juga ceekgu yang sangat sabar..sangat sabar!! syabas buat ceekgu..di ceritakan kisah hidupnya yang dahulu seorang yang bekerja dengan syarikat texus?texas? saya pun tak pasti..tapi itulah bunyinya.yang mana pada waktu itu,gajinya boleh tahan tetapi beliau mengambil inisiatif untuk resign dari kerja itu apabila melahirkan anak syndrome down...naluri keibuan yang sangat kuat dan sayangkan anak juga kasihan dan bimbang masa depannya,ceekgu telah memilih untuk mencari bagaimana ingin menjaga mendidik supaya quality of life golongan ingin di tahap insan insan normal yang lain.Jadi? beliau sangat bersungguh sungguh dan ikhlas eventhough she knows gaji x seberapa, banyak nak kena sukarela hati nak buat those things..but still,she can even manage her children as well as the other children in the place.good~




masih ingat.."ceekgu rasa gembira sangat bila anak anak ni dah boleh masuk sekolah,dah boleh berdikari like x pakai pampers sepanjang masa until besar.dah boleh makan sendiri, pergi toilet dan semuanya sendiri.."
saya nampak matanya berkaca..hmm..tulus dan ikhlas jsamu ceekgu mendidik anak anak ini dengan penuh sabar..moga Allah balas kebaikanmu itu~
kesimpulan??
jarang sekali berhadapan dengan orang orang yang ikhlas...tapi sebenarnya mereka wujud..perlu upgrade diri kita..tingkatkan prestasi diri
biar niat untuk berbuat sesuatu secara ikhlas yang timbul pada permulaannya akan kekal sampai akhir..
bukanlah seseorang yang sempurana untuk berbicara perkara ini..tetapi,rasanya tak salah kita sama sama jadi ikhlas..
dan kalau2 bimbang jadinya tidak ikhlas, tak usah teruskan..peringatan buat diri..
yang sangatlah tidak sabar...
semoga ikhlas...

No comments:

Post a Comment