Monday 29 November 2010

Rural heath posting




...Rural health posting..
sepanjang perjalanan yang dikiri dan kanannya dengan pemandangan yang menenangkan..
bendang terbentang luas..kumpulan awan yang cantik sekali..
~aku tenang kerna ia sebati dengan jiwa yang juga lahir dari kampung~

Saturday 27 November 2010

mujahadahku

Aku ingin secerah dirimu sang mentari..
yang umpama hidup sentiasa menerangi..
bermanfaat buat semua..
Aku ingin seceria dirimu..
walau rupamu tidak terlakar di minda..
tapi cahaya darimu memancar dan menerangi dunia..
Aku ingin menjadi bermakna..bermanfaat buat semua..
Aku takut lagi khuatir jika suatu hari nanti tidak berkesempatan untuk laksanakan impian ini..
dan aku juga tahu dalam jasad yang hidup ini ada hati yang sia sia..
Ya Allah..aku memohon dengan serendah rendah hati kepadaMu..Yang sentiasa ada dengan hambaMu..Yang sentiasa perhatikan hambaMu..Yang sentiasa dengar rintihan rintihan yang terdetik dari hambaMu..
Aku mohon Ya Allah..jangan biarkan aku terus leka..leka dengan kehidupan ini..Bila mana terdetik di hatiku akan kebaikan,Aku mohon Engkau segerakan aku dengannya..Jauhi aku dengan maksiat..Ampuni aku Ya Allah..
Aku pinta, hari hari ku indah, hari hari ku mudah dan hari hari ku murah dengan rahmat dariMu..
Dan yang terkandung di hati ini hanya Engkau yang tahu..makbulkanlah Ya Allah..
~Nukilan:Nadiah~

Thursday 18 November 2010

O.U

Salam wbt..
continued lah kat sini...ou???one utama je lahh..;p
emm..menarik..wayang?
pilihan cerita...~u again~
menarik...lawak dan ada pengajaran..ringan dan tidak membebankan otakku...tq jiah and is..;)
nak g kedai buku mph..hati meronta ronta..hehhe..
akhirnya sampai..mencari cari..tercari cari..lastly apa yang ku cari..
capai saja buku kerana sudah suntuk masa menilik buku2 di situ..rasanya semua best..nak baca nak baca....bosannya baca buku medic..hoho..;p
buku pilihan..tapi pilihan ke?? capai je tuh..sebelum beredar ke kaunter sempat fikir..betul..ini buku yang mungkin aku perlukan..
~motivasi menjadi wanita bahagia~ syok tajuk...belum di buka..diperam seminggu,di jeling jeling dan ia nampak menarik..dan akhirnya hari ni..terbongkarlah segala yang tersirat di situ...
tulisan yang berdakwat merah..~sedikit hairan~tapi aku gagahi untuk membacanya..menelan maksud tersembunyi di sebaliknya..
menarik!! satu sudah cukup..
yang membuatkanku berminat dan jatuh cinta kerana adanya kata kata puitis yang bermotivasi..makanan hati yang sentiasa gelisah dan sedih..
belum tamat..tidak mahu tergesa gesa..insyaallah akanku kongsi ia bersama housemateku yang lain..
lapuk ke?? tak kan...


kalau lapuk pun tak salah kan...
biar meresap
bukan terpaksa..harapnya kekal buat pedoman hidup...
miss nadiah..semoga bertambah baik..
wallahuallam..

Perlu terisi

salam wbt
rabu lepas-berakhir exam long case medicine posting..akhirnya dengan tangisan kecewa..hati di tusuk sebak..tanpa henti terus terusan..dan ber sms dengan bonda memohon seribu kemaafan kerana sikap yang tak bersungguh..bukan aku sahaja yang berlinang air mata..sahabat sahabat yang lain turut sama..bukan kerana exam tetapi aku...mudah mudahan..

tamat exam..pesanan Dr. zubin masih lagi berputar putar dalam otak yang sempit ini..kamu dah besar..kamu perlu berdikari..kamu medical student..aku tersedar ke masih lagi angau dan fenim dengan exam sejam yang lepas?bukan pesanan untukku sahaja,bahkan buat kami semua..ye!!aku tersedar..yang kita ni memang belajar sendiri..kekuatan untuk bertahan patut ada dalam diri ini..menapak kejayaan menusur ranjau hidup..huhh..apa yang aku merepek tanpa arah tuju ini?yang pasti..hakikatnya...self directed learning awak oiii...belajar dengan desakan hati yang mesti dan sentiasa kena utuh dan mantap..~

belajar perlu berkat papepun..jangan lupa~
tersenyum sorang sorang...
malamnya pirahna..cerita yang mengembalikan trauma aroma sadis yang tidak mampu diterima otak..aduh terasa terbeban....penat dan mahu muntah...muntah tak jugak..angin sendawa jelaa..
tak boleh tengok..sadis dan seksi..tak berapa nak cerdik..aku bantai je..ni pendapat ikhlas dari hati ni..emm..tak daya nak tengok..aku alergy dengannya..tapi layaann...
penat...tido awal lah...

khamis pagi...tido sehingga cerah mentari menyapa pipi..lega dan tenang...langit dunia birunya damai..mereka sudah bekerja..tanpa jemu walau terpaksa,fikirku..bekerja dengan penat dan lelah sebagai buruh..menyiapkan binaan yang masih banyak lagi..bangunan kami..??uitm kampus sungai buloh..kampus perubatan..insyaallah lawa..dan terserlah kecemerlangannya..;)

aku teruskan pagi damai itu dengan murabbi cinta karangan ustaz hasrizal..memang sweet dan mencuit hati...~walaupun itu untuk kemudi rumah tangga~....best walau tibai je buku tuh..untuk sekadar terisi..tanpa sia sia..

cik ismah menjenguk dari muka pintu...yah,nak g OU?g nga Jiah...nak?
ermmm...seronok bunyinya..desus hati yang masih tidak terpancar dari raut wajahku sehingga is tertanya tanya..aku diam..diam seribu bahasa..hehhe...;p
aku terus saja bersiap....dan menuju ke OU...

to be continued....hehe..;)

wallahuallam

Insyaalllah..

salam wbt..
~Alhamdulillah..masih bernafas~
~Alhamdulillah...masih tersenyum selepas mendung seminggu~
~Alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah..~

maka berakhir sudah posting medicine..yang begitu banyak dan tidak cukup rasanya 8 minggu untukmu..
tidak ber idea untuk berkata apa walhal hati sedang berbunga bunga untuk menulis sesuatu..
emmm...berakhir dengan keluhan berat terbuku..huhh..;p

sedikit komen buat exam end of postings...~susah~
penat nak muntah yang tak hilang hilang dek membaca..tanya saja housemate yang kelihatan agak takut menghampiriku..muka masam dan ketat sentiasa..serius menjadi jadi..belum di tanya tuan empunya diri..aku menulis sambil jari menggigil gigil..adrenalin tanpa henti..bimbang kalau kesan pada jantung muda ini..termenung aku sendiri..
kenapa encik buntu menghampiriku saat exam saban hari..dan kenapa logik akal tak datang mencurah curah saat itu..takut benar jika tersekat di mana mana..harapnya lancar tanpa masalah..mudah mudahan..

dan medicine..banyak lagi aku tidak tahu pasal kamu..insyaallah practise akan bantu lebih baik dengan izin dariNya..terasa rugi kerana tidak rajin dari saat pertama masuk ke posting ini..rajin seperti saat pertama masuk ke posting surgery bagai hilang di tiup angin..angin khayalan dan angan angan..ermm..tapi aku akui aku amat penat ketika di posting medicine..tidak sekuat ketika di posting surgery..tetapi malasnya sama di kedua dua posting..

dan medicine..aku kembali menibai teori..teori yang di buat sendiri..walau azam baru sentiasa ingin jauh dari pengalaman exam long case posting surgery...
En. gugup..awak sentiasa temani saya..terima kasih..saya harap awak beransur melangkah pergi..dengan langkahan yang mantap...

walau apa pun..aku harap aku lulus..lulus cemerlang yang aku inginkan..tapi mengimbau kembali pada coretan dan coretan jawapan,aku rasa tidak berkemampuan..doaku harapnya lulus..insyaallah..;)

8 minggu sempat melakar kisah dan teladan..cerita cerita masyarakat yang tersembunyi pada kesempurnaan makna hidup..hidup yang pada ekor mataku sempurna..tapi realitinya tersasar..
~dont judge a book from its cover~ menyelami kisah mereka satu persatu, perlahan lahan meruntun sebak yang lama diam membisu..itulah mereka dan aku dengan kisahku...kisah masing masing..kisah terbuku jauh dalam lubuk sanubari..biarkan saja..ada manis menyusul nanti..insyaallah..

masih ingat..mengingatkan diri..menghormati mereka..walau latar belakang yang tidak pun terlintas di fikiran adalah sebegitu rupa..tapi kita hanya manusia..layakkah kita menilai mereka..sedang selayaknya di nilai oleh Allah sahaja..emm
..~terdiam terduduk dan termenung~

ECG..murmurs..Dan banyak lagi..aku tidak lagi pandai..masih lagi ingat.."doc,saya takot..saya tak tahu nak beza murmur apa"..boleh ke mcm tu doc? tak apa..kamu kena dengar beratus ratus kali..baru kamu tahu macam mana..terasa lega..terselit motivasi untuk terus belajar..~jangan pernah putus asa~

banyak aku tidak tahu pasal kamu...aku mahu belajar lagi...
dan aku harap aku berjaya..with time insyaallah..progression terserlah..
rural and urban posting pula selepas ini..no ideas..hopefully still can go on..
stamina untuk bertahan perlu kembali di jana..di charge..di pupuk..dan apa apa je yang bisa melipat gandakan powernya.


mungkin perlu suntikan semangat..dari orang orang tersayang..insyaallah..dalaman nya yang di jana diri sendiri mampu bertahan...;)

terus usaha..
teruskan ia berlipat kali ganda..
terus mara
teruskan langkah pantas jangan jatuh
jatuh bangun kembali..
dan..
~Insyaallah~
wallahuallam...