Thursday 25 February 2010

AiR mAtA Ibu..

Salam..Kupanjatkan rasa syukur pada Illahi kerana masih di beri kesempatan untuk bernafas dan berada dalam nikmat iman dan islam pada hari ini..Mudah-mudahan aku berada dalam nikmat ini hingga nafas ku yang terakhir..saat ini aku rindu ibu..aku risaukan ibu..kadang kala tidur mimpikan ibu..sedih ini sering bertandang setiap kali igt pada ibu..Ya Allah Yang Maha Mendengar..hati kecilku sering membisikkan nama ibu,lindungilah ibuku Ya Allah...
mahu sekali aku katakan pada dunia betapa aku sayangkan ibu..juga ayh..mahu aku khabarkan pada sahabat sekalian mereka mesti sayangkan ibu dan ayah..sajak ini ku ambil kerana aku suka..tajam dan dalam maksudnya..cukuplah dengan cara ini aku lontarkan rasa.. betapa aku kagum,betapa aku kasihkan ibu..betapa tingginya pengorbanan ibu..


Air mata ibu mengalir..
bila mendengar tangisan si kecil,
masih merah salutan darah kelahiran...
Biarpun penat bersabung nyawa,
senyuman tetap terukir..ceria memekar taman jiwa...
Segala puncak sengsara hancur semerta,
selamatlah zuriat melihat dunia...

Air mata ibu menitis lagi..
kali ini bimbang resah mengulit diri,
sepanjang malam berjaga gelisah..kerana si kecil masih mentah
meraung sakit ditimpa musibah...

Hari itu air mata ibu bergerimis lagi,
bukan kepiluan tapi kebanggaan,
melihat permata digilap kejayaan..tak kering bibirnya dengan senyuman,
tak lekang lidahnya pujian kesyukuran...

Tika itu juga, air mata ibu bergenang kelukaan,
hati tua robek, sarat menahan calaran...
permata kesayangan hilang kilauan kemanusiaan,
didikan selama ini tiada pedoman,
akibat gelap hati iman harta nafsu jadi panduan...

kemuliaan ibu..hilang ditimbus padam,
insan mulia yang sarat pengorbanan
kini ditinggal gersang...

Rintihan si ibu,
Kesepian...
Kesedihan...
Kekecewaan...

Bukanlah balasan jasa pintaan jua,
cukuplah secebis kasih permata...
sementara jasad bersisa nyawa,
biar tenang menutup mata...

sekian..biar bukan nukilan diri ini..tapi diri ini sangat menghargainya..diri ini sayangkan ibu.doaku untukmu ibu,agar dikau sentiasa dalam rahmatNya..
wasalam..

Muhasabah cinta Illahi..

Suatu ketika..aku hanyut dalam arus kehidupan.Lekanya aku dengan dunia yang fana ini
Cinta berteraskan nafsu,perintah dan larangan Mu tidak ku hiraukan,azab dan seksaan Mu tidak ku risaukan,syurga dan neraka tidak ku fikirkan… Aku yang hina..
Suatu hari…Engkau datangi aku dengan ujian Mu.Berat sekali aku rasakan..Kau uji aku dengan kegagalan,musnah segala harapan,termangu hamba Mu ini bergelut dengan kesedihan…

Ya Rahman…
Saat itu seakan gelap..sukar benar bagi ku menerima kenyataan.Dan itulah hakikat.Ku bertanya di mana kesilapan dan kesalahan,hingga ku persoalkan apa yang telah Engkau takdirkan,hati kecilku menjerit di mana keadilan dan belas kasihan Mu oh Tuhan!

Kini..barulah ku sedari,pada kegagalan yang ku anggap suatu ketidakadilan itu sebenarnya terselit nikmat kasih sayang Mu ya Rahim,Kegagalan itulah yang membawa aku untuk mula mengenali Mu..Disebabkan kegagalan itulah aku menyedari bahawa dunia tidak patut dijadikan matlamat,Cinta berlandaskan nafsu tidak patut dijadikan buruan..Ya Allah..
Ya 'Azim...Inginku luahkan kesyukuranku kepada Mu kerana di antara berjuta manusia,
engkau telah sudi memilih diriku yang hina dina ini untuk menerima taufiq dan hidayah dari Mu..
Ya Allah..Aku panjatkan kesyukuran kepadaMu dan janganlah kiranya Engkau membiarkan diriku terus tersesat dalam kehidupan yang serba sementara ini,
Meskipun ketika itu aku sering tewas dengan hambatan nafsu yang tak pernah jemu membawa aku lalai dari mengingati Mu..Bahawa sesunggungnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…
Ya 'Aziz…Izinkanlah aku untuk terus berada di dalam jalan Mu ini untuk selama-lamanya,janganlah Engkau kembalikan aku ke lorong gelap yang membawa kepada kesesatan-walau hanya sesaat,ampunkanlah kejahilan dan kelalaianku selama ini, pimpin dan bimbinglah hamba Mu yang lemah ini ke arah cinta Mu...Aku ini hamba hina dengan sejuta palitan dosa,dengan akal singkat kurniaanMu-teraba aku dalam sinar yang kadang terang,kadang kelam..Ku mohon agar Engkau teguhkanlah tugu keimanan ku dan benarkanlah aku untuk merasai halawatul iman..Anugerahkanlah kepada ku kekuatan dan kesabaran..Pekakkanlah telinga ku dari sebarang sindiran dan ejekan,kebalkanlah jasadku dari segala kesakitan,dalam menjalankan amanah yang Engkau pikulkan di bahu ku…
Ya Khaliq..Jadikanlah setiap hembusan nafasku,setiap kelipan mataku,setiap degupan jantungku,setiap helaian rambutku,setiap bait perkataanku, setiap hayunan tanganku, setiap langkah kakiku dan setiap titisan darahku,Hanyalah untuk Mu…
Sebelum saat ajalku tiba, ingin ku merayu kepada Mu bukakanlah pintu hati insan di sekelilingku untuk mengampuni dosa-dosaku terhadap diri mereka,lancarkanlah lidahku untuk menjawab soalan malaikat utusanMu,luaskanlah dan terangilah tempat pembaringanku,meriahkanlah pusaraku dengan ayat-ayat suci Mu,permudahkanlah perjalanan ku di alam seterusnya...
Ya Allah...curahkanlah redha Mu terhadapku sepanjang hayatku
Dan izinkanlah aku untuk mengadapmu Di dalam Jannah yang serba indah...

Dan esok..andainya aku tidak bernafas lagi,sampaikanlah ucapan selamat tinggalku kepada insan yang ku sayangi,bimbinglah mereka agar dapat ku bertemu dengan mereka lagi...di pertemuan yang hakiki-
di dalam syurga yang kekal abadi...amiin..

Saturday 20 February 2010

keinsafan

salam..
sebuah sajak lantunan perasaan tatkala ini..
selamilah..

mentari tersenyum dan rembulan tertawa..kedengaran
sekali sekala angin mengeluh melihat riak-riak luka
teralun di dada lautan kehidupan..

terasa begitu kudus sekali kala ini
begitu resah mendengar si camar mengalun syair rindu pada kedamaian
sedang hatiku kian berkocak dan
jiwa rancak meronta..

melihat makhluk Dia bernama manusia
leka dan enak bercanda dengan kemusnahan
segak bermegah menghimpun segunung dosa..

tersimpuh aku di kaki pelangi,
tunduk merentasi jalur kesedaran..
moga jalanku lurus..

Ya Allah, liku itu dugaan-Mu,
onar itu ujian-Mu,
mengusik tugu keimananku..

sekian..
ringkas,tapi mungkin padat bagi aku..
jiwa halus yg jarang-jarang berbicara..
wasalam..

belum bersedia..

"kita jmpa mak ayh la,ok?bncng sal ni..".termenung aku sendirian."belum bersedia"..that's it.Getaran jiwa ini tiada siapa yang tahu.yang tahu hanya aku sendiri.Belum bersedia-kalimah itu mendesak kolam fikirku secara tba-tiba.belum bersedia-alasan yg plg lazim digunakan untuk apa shj,apatah lagi untk melangkah ke alam perkahwinan.
yang aku tahu bahawa perkahwinan itu bukan hanya menerima tetapi juga bertolak ansur.bukan sekadar terima yg baik-baik dan manis-manis shja tetapi menerima juga kekhilafan-kekhilafan silam.tetapi lebih dari itu untuk berkongsi kesenangan dan kesusahan.juga,perkahwinan itu bukanlah suatu kontrak tetapi suatu penerimaan ,perkongsian,malah lebih mendalam dari itu.
Banyak kali juga aku baca bhawa perkahwinan ini sebenarnya memberikan ketenangan pd jwa.Rasulullah pernah berpesan pd sahabat bhwa wanita datang dan pergi bagaikan syaitan.jadi,apabila terlihat mana2 wanita,datangilah isterimu kerana itu dapat mententeramkan hati yg bergelojak.
yang psti,perkahwinan bukan shja untuk melunaskan tuntutan nafsu tetapi jga memenuhi keperluan psikologi.gayanya seperti aku sudah mempunyai pengalaman sbgai seorang yg sdh berkahwin.tetapi itulah yg aku fkirkan.perkahwinan yg d bina tanpa asas2 yg kukuh bakal melahirkan institusi kekeluargaan yg rapuh.seperti rapuhnya sarang labah-labah.
yang aku tahu,saat itu pasti tba.teruskan shj usaha untk menjadi yg terbaik.mudah-mudahan tersedia yg terbaik jga untk kita dari Sang Pencipta...
sekian...

Thursday 11 February 2010

Open Your Eyes

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way.. Allah..
Guide us every single day..Allah..
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way..Allah..
Guide us every single day..Allah..
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way..Allah..
Guide us every single day..Allah..
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way..Allah..
Guide us every single day..Allah..
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..

Tuesday 9 February 2010

deeply in my heart

for the rest of my life..
i'll be for you..
i stay by ur side..
honest and true..
to the end of my time..i'll be loving you..


'Ya Allah,aku ini insan yang lemah,terkulai layu dalam gejolak seribu rasa juga hambatan nafsu yang tak pernah lesu..
aku mohon ya Allah,janganlah engkau bolak-balikkan hatiku setelah Engkau berikan hidayah kepadanya'..ameen.


pada saat ini,aku termangu..
inikah yang ku cari selama ini??
di saat mereka petah berbicara,adakah hati mereka turut sama
merasainya..
aku keliru..masih keliru dan mungkin lagi keliru..
tiada erti rasanya..
hilang dalam keluhan..