Monday 7 June 2010

Elektif Terengganu..

salam..
sudah lama tak menulis..pada blog yang serba kekurangan ini..pada cetusan rasa yang tiada penghujung..sentiasa ada rasa..kadang-kadang rasanya enak..kadang-kadang rasa itu tidak bepaksi-rasa yang entah apa2...
keputusan peperiksaan telah di umumkan..alhamdulillah segala yang kuharapkan termakbul..moga moga perjalanku di permudahkan..program elektif akan bermula..sekadar bersetuju dengan pilihan tajuk ahli kumpulan - candat sotong,aku mula mengerah otak untuk berfikir perjalanan program ini..
Alhamdulillah..maka berkampunglah sahabat sahabatku di pondok usang kampung Rhu Dua -rumahku..Pada awalnya,aku agak kelam kabut..tapi itu bukanlah satu masalah yang besar..cuba letakkan diri ini pada tahap kematangan yang sepatutnya,aku melayan tetamu yang datang dengan sebaiknya..alhamdulillah..aku renung kembali,manisnya elektif ini terbina pada ukhwah yang terjalin walau cuma dalam tempoh seminggu..hingga sekarang ibu selalu menyebut gelagat serta gelak tawa mereka..tidak dapat ku nafikan,aku agak letih..tapi letih itu terbayar dengan satu nilai ukhwah..nilai kasih sayang..nilai kekeluargaan..nilai persaudaraan..nilai-nilai murni..berpegang kepada kata kata ini,tetamu datang membawa rezeki..membawa keluar bala dari rumah..aku panjatkan kesyukuran padaNya.
mencandat sotong - inilah buat pertama kalinya dalam hidupku..buat pertama kalinya aku berada di tengah lautan biru..pengalaman yang cukup indah aku rasakan..petang itu kami turun ke laut..aku serah segalanya pada Yang Esa..walaupun pada hakikatnya aku sangatlah takut..bot yang kami naiki terus meluncur membelah lautan yang pada awalnya berwarna hijau..perlahan lahan bertukar biru..aku,fairuz dan adia berada di bahagian belakang bot..manakala zhafri dan suhairi serta golongan lelaki yang lain berada di bahagian hadapan..kesempatan itu aku ambil untuk berbaring di atas pukat..memandang ke atas,memandang pada langit yang luas..langit biru dihiasi kumpulan awan nipis..menghasilkan corak yang pelbagai -cantik.fikiranku tenang sekali..tenang..angin petang itu sedikit kencang..sejuknya singgah hingga ke tulangku..ku peluk tubuh,menentang angin yang menyapa pipiku..tenang sekali..percikan dari ombak menyedarkanku dari khayalan..tiba-tiba aku teringat ayah..anak nelayan ini cuba membayangkan bagaimana susahnya ayah bertahan dengan sejuknya angin,dengan geloranya laut..maka tidak semena mena air mataku mengalir..ada sendu yang menemaninya..cepat-cepatku seka ia dari terus mengalir..ayah,akanku balas jasamu..insyaallah..janjiku.
Maka,bot berlabuh di tengah lautan..di kejauhan aku melihat kerlipan lampu-berderetan..panorama yang cantik..ku dongak ke atas,bintang bintang berkerlipan..subhanallah..tenang sekali- ubati stress dan penat yang bersisa untuk exam saban hari.semua orang bersiap untuk solat maghrib..umpan candat aku campakkan ke dalam laut..huh.percubaan yang penuh gaya..fikiranku tak tertumpu pada umpan yang telah di campakkan..aku hanya termenung jauh ke dalam lautan biru.entah apa yang ku fikirkan..aku sendiri dah lupa dan tidak tahu..Pak Teh Hin,pemilik bot itu menghampiriku.duduk di sebelah dan aku hanya tersenyum..sambil berulang kali memberitahunya "kite dok panda pok.."walau tidak di tanya.Pak Teh kenal ayahku..entah kenapa Pak Teh duduk dan bercerita kisah hidupnya padaku..aku hanya mendengar dan mengiyakan shj..detik hati.."orang tua tua suka bercerita.."tapi cerita nya bukan sekadar cerita..bermesejkan perjuangan..perjuangan yang perlu diteruskan oleh generasi kini..ada juga unsur unsur agama diselitkan..best3x..begitu semangat pak teh bercerita..ilmunya banyak..setiap hujah yang dikemukakan mesti disusuli dengan ayat-ayat Al-Quran..Aku masih ingat pesannya,ngaji al quran sapa lekat di dada..alhamdulillah..di tengah lautan kala itu aku di ingatkan dengan ayat2 dariNya..syukran Ya Allah..
Lucu bila kenang kembali pengalaman mencandat sotong ni..setiap kali mendapat sotong mesti di susuli dengan jeritan kerianganku-memecah kesunyian malam..di tengah badai..huhu..ada juga aku malas untuk tarik tali candat naik..kerana berat pada tali candat itu sama saja..hakikatnya sotong dah 2 ekor berjaya hinggap..mujurlah zhafri yang tolong angkat..huhu.
penat sudah berceloteh..akanku sambung lagi ceritaku lain kali..sekian..