Friday 24 September 2010

kadangkala tidak indah

salam wbt..
saye dapat rasakan saye sdg beremosi waktu ini...mungkin kerana saye penat.seminggu saya dengan medicine posting benar benar memenatkan merunsingkan fikiran saye..tido malam yang lewat,bangun pagi yang awal...lena yang tidak begitu berkualiti dengan jiwa kacau waktu itu..
mungkin ini adalah ujian buat saye..mungkin juga dgn ujian ini saye akan menjadi lebih baik..insyaallah..
seingat saye,ada satu hari dalam minggu ini yang mungkin saye rasakan amt sedih buat saye..sehingga saye rasa bosan dengan bidang perubatan ini,sehingga hampir hampir mematahkan semangat yang terkumpul dalam diri saya.emm..malas rasanya untuk mengembalikan ingatan sy pada peristiwa yang berlaku.Petang itu,seminar yang biasa mengumpulkan semua posting seperti biasa diadakan di kampus selayang.saye tetap meneruskan langkah untuk ke sana.walau hakikatnya ia sangat berat utuk diteruskan.saye sibuk mengemas nota dan homework yang saye ingin lakukan di rumah pada malam harinya. dan ketika itu,fikiran saye sedang melayang jauh..berpusar pada masa depan..semangat perjuangan sebagai pelajar perubatan kian rapuh dan hampir hilang waktu itu...dalam hati saye~ya Allah..aku lemah waktu ini ya Allah.Bantu aku ya Allah...~sebak....
tatkala saye sedang sedih memikirkan tahap semangat saye waktu itu,sahabat menghulurkan artikel stail tazkirah kepada saye..yang saye nampak dari ekor mata saye waktu itu hanyalah salam syawal..desus hati lagi..erm,mungkin pasal puasa 6..nantilah bace.artikel itu hanya dibiarkan sahaja.
sehinggalah dr hafil memulakan lecture nye,saye terasa ingin membaca artikel tersebut..bila saye bace terus air mata saye menitis..cepat2 di seka supaya xde yang perasan..saye ingin pahatkan ia pada coretan rasa blog ini..kerana ia bermakna~~

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Segala puji bagi Allah kerana masih meminjamkan kita hari ini dengan pelbagai nikmatNya, yang membolehkan kita terus bergelar pelajar perubatan.Melihatkan para pesakit di ward, terasa begitu banyak nikmat Allah pada diri ini.Dan sesungguhnya nikmat sebiji mata kurniaanNya sahaja tidak mampu dibayar walau dengan ibadah ratusan tahun
oleh seorang yang bergelar abid.Menyelami diri sendiri, sebenarnya siapa aku di hadapanNya?Apakah Allah memandang gelaran'doktor'seperti mana masyarakat yang menyanjung gelaran ini.Sama sama kita muhasabah diri.Semoga nasihat tokoh di bawah menjadi pencetus untuk kita berfikir.
Salam Syawal,khas untuk anak anak yang bergelar pelajar perubatan dan kepada ibu bapa kpd anak anak di atas.
Sedikit pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan selama 5tahun,seorang doktor selama 19 tahun,menjadi pakar O&G dan pendidik kepada pelajar perubatan selama 13 tahun.
ANAK ANAKKU....
Kalian sebenarnya bertuah kerana dipilih Allah mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia.Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini!!!
Harapnya dorongan ini bukanlah semata mata mahu mencuba nasib,memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang bergelar doktor dalam salasilah keturunan,ataupun ingin sentiasa bersama dgn rakan kariblain yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama..
~jangan kalian terkejut nanti dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui nanti~perubatan adalah satu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat.kalian sendiri yang perlu mencetuskan keghairahan mahu menuntut ilmu,bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar.kalian akan mulai mendengar self-directed learning,student centered education,life long learning,community based learning dan lain lain.
pengajar kalian bukan hanya professor dan pensyarah perubatan,malah yang bergelar pesakit itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar.para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu di beri penghormatan.
yang paling utama adalah akhlak kalian..menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh..
UNTUK IBU BAPA KEPADA ANAK YANG MERUPAKAN PELAJAR PERUBATAN
mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak anak kalian dengan akhlak yang sempurna terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka.mereka akan menjadi doktor perubatan-bukan calang2 profesyen.
sokong dan dokong lah mereka sehingga ke akhir nanti-kerana cubaan dan dugaan yang anak anak ini perlu hadapi bukan setakat semasa dalam latihan sahaja malahan lebih mencabar apabila telah bergelar doktor nanti.Insyaallah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah dari segala bencana selagi mana pergantungan hanyalah kepada Allah semata mata.
DR HARLINA HALIZAH SIRAJ,
PAKAR PERUNDING OBSTETRIKS &GINEKOLOGI
HOSPITAL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA..


ermm...meniti hari hari yang penuh mencabar dalam realiti kehidupan seorang pelajar perubatan sebenarnya memerlukan kedekatan hati kepada Allah.Memerlukan keberkatan dan adab adab yang digariskan islam.Sama samalah kita sahabat sahabat di samping kita berusaha memenuhi tuntutan assessment posting,jangan kita lupa yang paling utama dgn Allah,pemberi nikmat ini kepada kita.Kembali menelaah diri,apakah benar niatku menjadi seorang doktor kerana Allah?? sejauh mana kebenarannya terbukti apabila kita diuji....sahabat sahabat,jngan kita hebat di hadapan manusia sedangkan kita bukan sesiapa pun di hadapan Allah..Meniti kalam cinta Illahi,87:16-17"sedangkan kamu(orang2 kafir)memilih kehidupan dunia,padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal"
~~FASTABIQUL KHAIRAAT~

astaghfirullah hal azim...saye baru tersedar...artikel ini ingatkan saye.alhamdulillah..supaya tidak berputus asa..insyaallah saye boleh!!Allah Yang Maha Mendengar setiap rintihan dan setiap apepun yang terbuku di hati saye~
dengan itu,saye rase insyaallah sayeakan cuba bangun..cuba juga untuk bangun dan terus melangkah..insyaalah~~~
Wallahuallam.

Saturday 18 September 2010

~masih kosong~

salam wbt..
~saya x bersedia lagi nak meneruskan pengajian untuk next posting~
hati mengaduh lagi...next posting...posting ape ye?medicine posting.
semasa saya sedang berada dalam surgery posting,dak2 medicine waktu tu sangatlah sibuk..ada yang sampai tido kul 3 4 pagi untuk study..erm..lemah ase nak teruskan langkah..banyak yang perlu tau.dengan saye yang suka termenung dan berehat tentu begitu berat saya rasakan..game akan bermula.teruskan!!hati sy terus memaksa jasad sy ini.sy masih tidak berdaya..longlai sekali badan sy ini.
seingat sy,dak2 medicine selalu pesan supaya terus siapkan case patient yang dah di clerk dan yg dah d examine...
sy ni tak rajin..ta[pi sy sentiasa cuba untuk rajin..yang pasti dalam fikiran sy waktu ini belum terbayang planning belajar dan persediaan untuk medicine posting yang amat mencabar kerana banyak sekali yang perlu sy bc dan ingat..
sy harap apa yg sy dah belajar waktu surgery posting dulu bisa bantu sy nanti..
wallahuallam..

Sunday 12 September 2010

Banyak cerita~

salam...
awak..cantik kan bile pandang bumbung dunia.awk nampak tak,ada lakaran lakaran di suata sudut di situ...tengoklah..cantik kan.cuba awk tengok ada seekor burung..terbang seekor sahaja..gayanya seperti bermasalah..wak,nape burung tu..?kesian dia.se ekor sahaja membawa diri.
entah entah burung tu pun macam dya tak?mungkin gusar hatinya..mencari cari tenang yang da lama hilang..astaghfirullah hal azim...

awk..hari ini dya terfikir satu benda..dya seakan akan tersedar dari lamunan..hakikat kehidupan ini sangatlah singkat..singkat sangat..dya pun terfikir..cukup ke?cukup ke? dan cukup ke amal dya dalam singkatnya usia kehidupan dunia untuk dya hidup kat akhirat sana..dya takut sangat wak..hati dya sendu..dya takut sangat dengan perbuatan salah dya walau kecil di mata insan,tapi dya bimbang andai kata perbuatan dya itu bisa mengganggu gugat kehidupan dya akan datang..

hidup didunia tidak lama..untuk apa kita terlalu mengejar dunia..sedangkan jelas untuk di lihat yang usia dunia terlalu tua..sudah hampir pada penghujungnya..

hidup kita mungkin tidak sebahagia yang kita impikan..juga tidak semewah yang kita selalu angan angankan..tapi ape yang kita mampu buat tatkala sukar datang menghimpit jiwa..adalah ingat Allah..ujian darinya..yakin yakin dan terus lah yakin bahawa hikmahnya sangatlah besar..kahidupan atas dunia ini singkat..motivasikan diri dengan bertahan..manis disebaliknya menanti kita..

Dya ternampak seorang sahabat yang bergambar berlatar belakangkan masjidil haram..desus hati dya saat itu alhamdulillah..umrah sudah.emm..bilakah dya akan berpeluang untuk ke sana.?sebak mengiringi dya setiap kali terpandang kaabah..jiwa meronta ronta untuk ke sana..Moga Allah permudahkan segalanya buat dya..agar dya berkesempatan juga untuk ke sana..suatu hari nanti..insyaallah..

hakikat kini..dunia haru biru..saat penghujung yang kian menghampiri..moga kita selamat di sini di dunia ini dan yang paling kita harapkan selamat di sana..akhirat nanti..
"Ya Allah..janganlah kiranya Engkau palingkan hatiku tatkala aku enak menikmati kemanisan beribadat kepadaMu..Ya Rahman,saratkan hatiku dengan cinta kepadaMu..biar rasa cinta itu meresap ke seluruh urat nadiku fan bersemi selamanya hingga akhir nafasku..Ya Allah akhiri nafasku dengan kalimah laila haillallah.."
wallahuallam.....