Saturday, 13 March 2010

Sabar lagi..

salam wbt..
dan untuk setiap apapun permulaan,mulakanlah dengan membaca basmallah..Mudah-mudahan ia mampu menangkis tiap-tiap bisikan syaitan juga gelora emosi saat ini..

wahai sahabat..dalam kita melangkah menuju Allah,terkadang diri ini diuji dengan ujian yang terasa amat berat hingga kita terduduk dan menangis..
ingatlah wahai sahabatku sayang..renungkanlah ke dalam diri kita..mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar ..kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi banyak pula dugaan datang..kadang-kadang kita minta cerdik,tapi masalah pula timbul..kadang-kadang kita minta kebahagiaan, tapi huru hara pula jadinya..
Dugaan inilah yang menjadikan diri kita kuat..masalah inilah menjadikan kita berfikir..dan huru hara inilah yang menjadikan kita tabah..Hebatkan Allah..semua ada hikmah.Kalaulah manusia menghayati hadith ini."..telah berkata jibril:wahai Tuhan,tunaikanlah hajat hambaMu..maka Allah menjawab:biarkan hambaku itu,kerana aku mencintai untuk mendengar suaranya "..anas b. malik..
"Allah tidak menurunkan beban yang tidak mampu di pikul oleh hambanya"..

wallahua'llam...

No comments:

Post a Comment