Thursday, 25 February 2010

AiR mAtA Ibu..

Salam..Kupanjatkan rasa syukur pada Illahi kerana masih di beri kesempatan untuk bernafas dan berada dalam nikmat iman dan islam pada hari ini..Mudah-mudahan aku berada dalam nikmat ini hingga nafas ku yang terakhir..saat ini aku rindu ibu..aku risaukan ibu..kadang kala tidur mimpikan ibu..sedih ini sering bertandang setiap kali igt pada ibu..Ya Allah Yang Maha Mendengar..hati kecilku sering membisikkan nama ibu,lindungilah ibuku Ya Allah...
mahu sekali aku katakan pada dunia betapa aku sayangkan ibu..juga ayh..mahu aku khabarkan pada sahabat sekalian mereka mesti sayangkan ibu dan ayah..sajak ini ku ambil kerana aku suka..tajam dan dalam maksudnya..cukuplah dengan cara ini aku lontarkan rasa.. betapa aku kagum,betapa aku kasihkan ibu..betapa tingginya pengorbanan ibu..


Air mata ibu mengalir..
bila mendengar tangisan si kecil,
masih merah salutan darah kelahiran...
Biarpun penat bersabung nyawa,
senyuman tetap terukir..ceria memekar taman jiwa...
Segala puncak sengsara hancur semerta,
selamatlah zuriat melihat dunia...

Air mata ibu menitis lagi..
kali ini bimbang resah mengulit diri,
sepanjang malam berjaga gelisah..kerana si kecil masih mentah
meraung sakit ditimpa musibah...

Hari itu air mata ibu bergerimis lagi,
bukan kepiluan tapi kebanggaan,
melihat permata digilap kejayaan..tak kering bibirnya dengan senyuman,
tak lekang lidahnya pujian kesyukuran...

Tika itu juga, air mata ibu bergenang kelukaan,
hati tua robek, sarat menahan calaran...
permata kesayangan hilang kilauan kemanusiaan,
didikan selama ini tiada pedoman,
akibat gelap hati iman harta nafsu jadi panduan...

kemuliaan ibu..hilang ditimbus padam,
insan mulia yang sarat pengorbanan
kini ditinggal gersang...

Rintihan si ibu,
Kesepian...
Kesedihan...
Kekecewaan...

Bukanlah balasan jasa pintaan jua,
cukuplah secebis kasih permata...
sementara jasad bersisa nyawa,
biar tenang menutup mata...

sekian..biar bukan nukilan diri ini..tapi diri ini sangat menghargainya..diri ini sayangkan ibu.doaku untukmu ibu,agar dikau sentiasa dalam rahmatNya..
wasalam..

No comments:

Post a Comment