Thursday, 25 February 2010

Muhasabah cinta Illahi..

Suatu ketika..aku hanyut dalam arus kehidupan.Lekanya aku dengan dunia yang fana ini
Cinta berteraskan nafsu,perintah dan larangan Mu tidak ku hiraukan,azab dan seksaan Mu tidak ku risaukan,syurga dan neraka tidak ku fikirkan… Aku yang hina..
Suatu hari…Engkau datangi aku dengan ujian Mu.Berat sekali aku rasakan..Kau uji aku dengan kegagalan,musnah segala harapan,termangu hamba Mu ini bergelut dengan kesedihan…

Ya Rahman…
Saat itu seakan gelap..sukar benar bagi ku menerima kenyataan.Dan itulah hakikat.Ku bertanya di mana kesilapan dan kesalahan,hingga ku persoalkan apa yang telah Engkau takdirkan,hati kecilku menjerit di mana keadilan dan belas kasihan Mu oh Tuhan!

Kini..barulah ku sedari,pada kegagalan yang ku anggap suatu ketidakadilan itu sebenarnya terselit nikmat kasih sayang Mu ya Rahim,Kegagalan itulah yang membawa aku untuk mula mengenali Mu..Disebabkan kegagalan itulah aku menyedari bahawa dunia tidak patut dijadikan matlamat,Cinta berlandaskan nafsu tidak patut dijadikan buruan..Ya Allah..
Ya 'Azim...Inginku luahkan kesyukuranku kepada Mu kerana di antara berjuta manusia,
engkau telah sudi memilih diriku yang hina dina ini untuk menerima taufiq dan hidayah dari Mu..
Ya Allah..Aku panjatkan kesyukuran kepadaMu dan janganlah kiranya Engkau membiarkan diriku terus tersesat dalam kehidupan yang serba sementara ini,
Meskipun ketika itu aku sering tewas dengan hambatan nafsu yang tak pernah jemu membawa aku lalai dari mengingati Mu..Bahawa sesunggungnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…
Ya 'Aziz…Izinkanlah aku untuk terus berada di dalam jalan Mu ini untuk selama-lamanya,janganlah Engkau kembalikan aku ke lorong gelap yang membawa kepada kesesatan-walau hanya sesaat,ampunkanlah kejahilan dan kelalaianku selama ini, pimpin dan bimbinglah hamba Mu yang lemah ini ke arah cinta Mu...Aku ini hamba hina dengan sejuta palitan dosa,dengan akal singkat kurniaanMu-teraba aku dalam sinar yang kadang terang,kadang kelam..Ku mohon agar Engkau teguhkanlah tugu keimanan ku dan benarkanlah aku untuk merasai halawatul iman..Anugerahkanlah kepada ku kekuatan dan kesabaran..Pekakkanlah telinga ku dari sebarang sindiran dan ejekan,kebalkanlah jasadku dari segala kesakitan,dalam menjalankan amanah yang Engkau pikulkan di bahu ku…
Ya Khaliq..Jadikanlah setiap hembusan nafasku,setiap kelipan mataku,setiap degupan jantungku,setiap helaian rambutku,setiap bait perkataanku, setiap hayunan tanganku, setiap langkah kakiku dan setiap titisan darahku,Hanyalah untuk Mu…
Sebelum saat ajalku tiba, ingin ku merayu kepada Mu bukakanlah pintu hati insan di sekelilingku untuk mengampuni dosa-dosaku terhadap diri mereka,lancarkanlah lidahku untuk menjawab soalan malaikat utusanMu,luaskanlah dan terangilah tempat pembaringanku,meriahkanlah pusaraku dengan ayat-ayat suci Mu,permudahkanlah perjalanan ku di alam seterusnya...
Ya Allah...curahkanlah redha Mu terhadapku sepanjang hayatku
Dan izinkanlah aku untuk mengadapmu Di dalam Jannah yang serba indah...

Dan esok..andainya aku tidak bernafas lagi,sampaikanlah ucapan selamat tinggalku kepada insan yang ku sayangi,bimbinglah mereka agar dapat ku bertemu dengan mereka lagi...di pertemuan yang hakiki-
di dalam syurga yang kekal abadi...amiin..

No comments:

Post a Comment