Wednesday, 6 October 2010

Badai kehidupan

salam...

~Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:Perumpamaan orang mukmin adalah seperti tanaman yang selalu digoncang angin,(beliau juga) orang mukmin selalu diduga dengan pelbagai dugaan dan cubaan.~

Demikian hakikat yang harus diakui oleh setiap insan bahawa dunia adalah ujian.Jangan kita terlalu memandang kepada mereka yang lebih bertuah daripada kita.Tetapi pandanglah mereka yang lebih bernasib buruk daripada kita.Semoga ini akan menimbulkan keinsafan dalam diri kita.
Teladanilah Rasulullah s.a.w yang sentiasa menghadapi ujian berat dalam hidup Baginda.Rasulullah s.a.w pernah dicampak kotoran ke atas kepala,dibaling batu sehingga luka muka dan kakinya serta patah giginya,dipulaukan sehingga terpaksa memakan daun daun kering,diusir dari Makkah kampung halamannya,difitnah isterinya,dibunuh 40 sahabatnya dalam perjalanan berdakwah,kematian anak anak,dihimpit kelaparan sehingga terpaksa mengikat perut,dituduh gila serta ahli sihir dan sebagainya.
Keadaan yang sama turut di hadapi oleh sahabat sahabat Baginda,para solihin yang memperjuangkan islam ramai yang mati dibunuh.

Siapa kita berbanding mereka?
Adakah masalah yang kita hadapi selama ini lebih besar dari ujian mereka?

Kita hanya perlukan sedikit kesabaran berbanding mereka.Kesabaran dalam menempuh karenah dunia, untuk hidup sebagai seorang muslim yang bahagia di dunia dan tentunya di akhirat sana nanti.
"Firman Allah: Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum sampai kepadamu (ujian dan cabaran)seperti yang yang telah berlaku kepada orang yang terdahulu?Mereka telah ditimpa kepapaan(musnah harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman musuh),sehingga berkatalah rasul dan orang beriman bersamanya :Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat(asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)" Surah Al-Baqarah (2:214).

Orang yang menyedari hakikat dunia sebagai ujian, dia akan terus berusaha kerana dia memiliki 2 unsur motivasi dalam dirinya.Pertama,dia tahu bahawa hidup adalah ujian.Kedua, dia tahu bahawa apa jua yang dilakukannya akan mendapat ganjaran di akhirat.

~Ya Allah ya tuhanku,berilah kepadaku ganjaran terhadap musibah yang aku lalui dan gantikan bagiku sesuatu yang yang lebih baik daripadanya~
~inna lillah wa inna illaihi raji'un~

wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment