Sunday, 31 October 2010

Biarkan aku sendiri



aku ingin berlari

sedaya yang mampu

berlari tanpa menoleh lagi

tanpa menghiraukan sesape

biarkan aku terus berlari...

jangan halang aku menuju ke hujung sudut dunia

bersendirian

aku ingin bebas dari belenggu seribu rasa dalam jiwa

terus terusan begini aku tidak tenang

biarkan aku bersendirian..

bersendirian..

bersunyi sunyian seorang diri

biarkan aku menangis...

hingga kering air mata berganti darah

biarkan aku

biarkan aku bersendirian..


bukan kebahagiaan jalan pintas yang aku kejarkan

tunjukkan aku jalan lurus

biar aku hidup tidak berterusan dihimpit dosa yang aku sendiri lakarkan

bawa aku jauh dari itu

biar aku hidup dengan redhaMu bukan murkaMu..


Nukilan:NADIAH

Thursday, 28 October 2010

santapan feveret


dari rupanya...
aromanya....
dan kelazatannya.....
mee goreng tetap pilihan..
paling best air tangan mak kesayangan
inilah mee goreng yang ada..=p

Friday, 22 October 2010

menyemaraklah dikau


semalam aku bertatih dalam sinar kelam
mengeja kehidupan
walau payah seringkali menjenguk
Lorong kaca itu ku susuri
walau satu demi satu langkahku
Menagih darah, keringat dan air mataku
pada asbab...

aku tidak tegar melihat jerit payah bonda dan ayahanda
dek kemalasan dan kelemahanku
pada asbab...

aku ingin meniti sinar kejayaan
walhal diri ini serba kekurangan
Sungguh janji tuhan itu pasti
tiada siapa yang berusaha melainkan Kau yang membayarnya

sedetik aku bertatih di lorong kaca
aku tiba pada penghujung penuh duri
Tuhan..Kau masih mahu menguji
aku merangkak, berjalan dan kalau perlu berlari
mengejar kejayaan
yang kupasti ada di hujung sana

salju takkan bisa pernah memadam semangatku
azamku tak bisa gugur
bersama kekuningan daun musim luruh
Mentari yang mencengkam tak bisa
menghambat aku bermalasan
di teduhan lagha

warna warna yang mekar lewat musim bunga tak bisa melalai diri
dengan pesona dunia
dalam mengimarahkan dar al fana
demi berteduh di bawah redhaMu

Monday, 18 October 2010

strengthen inside

Everytime you feel like you cannot go on.
Everytime you commit one more mistake.
Don’t despair and never loose hope.
Turn to Allah.
Ya Allah...
Guide my steps....don’t let me go astray..
You’re the only one that showed me the way.
Showed me the way.

Saturday, 9 October 2010

Saya bersalah..



Salam wbt..


~rasa kesal yang menebal dalam dada ~
jahat sangat saya rasa..saya jahat sangat


saya x koling mak..

saya bersalah..anak yang tak ingat mak...

bukan tak ingat...


tapi saya serabut...otak saya penuh kacau...

padahal mak lah tempat kita nak ngadu apa pun selepas Allah..

tapi saya takut membebani fikiran mak saya


saya rindu nak balik umah..tapi medicine ini menyeramkan saya..

saya tak patut wat cam ni kat mak saya..

maaf mak...



saya sayang mak

saya sayang ayah








bila kita sedih...

bila kita susah hati

berzikirlah..

ingatlah Allah..

semoga segalanya dipermudahkan buat kita

Ketahuilah...


~salam~
...........copy from........

Sesungguhnya tidaklah aku ingin menikah melainkan kerana aku tidak ingin mati dalam keadaan agamaku ini hanya setengah....

Dan tidaklah aku ingin menjadi orang yang menikah melainkan kerana aku meyakini janji Allah bagi orang yang menikah itu benar adanya....

Tahukah kau bahawa setiap hubungan suami isteri yang halal itu adalah sedekah yang dapat mendatangkan pahala..?

Tahukah kau bahawa hanya dengan merengkuh tangan isteri maka berguguranlah dari jari jemari dosa-dosa..?

Dan tahukah kau bahawa… bila seorang isteri meninggal dunia sementara suaminya dalam keadaan redha padanya maka ia akan masuk surga..?

Dan bila semasa hidup dia taat kepada Allah dan taat pula kepada suaminya maka ia boleh memasukinya dari pintu mana pun yang ia suka.....

~tahniah buat kawan kawan yang telah mendirikan rumah tangga~
byk kelebihan yang diperoleh dari hal ini...~
p/s:cepat cepatlah berkahwin bile sudah sampai masanya.~

sekadar mengisi masa lapang di petang senja merah hari ini
wallahuallam

Wednesday, 6 October 2010

DOA

Salam wbt..
~Marilah sama sama kita menadah tangan berdoa..sentiasa memohon dan mengharap kepada Pencipta Yang Maha Agung.~
......moga hidup kita lebih bermakna......

"Ya Allah..kurniakanlah aku kejayaan di dunia ini...agar kelak aku dapat berbakti untuk agama, bangsa dan tanah airku"

"Wahai Tuhan Yang Maha Mendengar,berikanlah aku kesihatan agar dengannya aku dapat berusaha mencari rezeki yang bertaburan di bumi milikMu dan agar kami bahagia."

"Wahai Zat Yang Maha Kaya,kurniakanlah aku rezeki yang melimpah ruah agar dengannya aku tidak meminta minta kepada selain daripada-Mu juga aku dapat berkongsi bahagia dengan orang susah dan golongan yang memerlukan di sekelilingku."

"Ya Allah..izinkanlah dia sebagai pasangan hidupku jika itu yang terbaik untukku agar kami dapat membina keluarga bahagia berpaksikan mawaddah wa rahmah.Keluarga sakinah yang dapat meneruskan generasi soleh untuk masa akan datang."

~Ya Allah...berkatilah hidup kami...permudahkanlah bagi kami tiap tiap urusan yang kami lakukan...bantulah kami ya Allah,untuk membersihkan hati hati kami.~
wallahua'lam.

Badai kehidupan

salam...

~Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:Perumpamaan orang mukmin adalah seperti tanaman yang selalu digoncang angin,(beliau juga) orang mukmin selalu diduga dengan pelbagai dugaan dan cubaan.~

Demikian hakikat yang harus diakui oleh setiap insan bahawa dunia adalah ujian.Jangan kita terlalu memandang kepada mereka yang lebih bertuah daripada kita.Tetapi pandanglah mereka yang lebih bernasib buruk daripada kita.Semoga ini akan menimbulkan keinsafan dalam diri kita.
Teladanilah Rasulullah s.a.w yang sentiasa menghadapi ujian berat dalam hidup Baginda.Rasulullah s.a.w pernah dicampak kotoran ke atas kepala,dibaling batu sehingga luka muka dan kakinya serta patah giginya,dipulaukan sehingga terpaksa memakan daun daun kering,diusir dari Makkah kampung halamannya,difitnah isterinya,dibunuh 40 sahabatnya dalam perjalanan berdakwah,kematian anak anak,dihimpit kelaparan sehingga terpaksa mengikat perut,dituduh gila serta ahli sihir dan sebagainya.
Keadaan yang sama turut di hadapi oleh sahabat sahabat Baginda,para solihin yang memperjuangkan islam ramai yang mati dibunuh.

Siapa kita berbanding mereka?
Adakah masalah yang kita hadapi selama ini lebih besar dari ujian mereka?

Kita hanya perlukan sedikit kesabaran berbanding mereka.Kesabaran dalam menempuh karenah dunia, untuk hidup sebagai seorang muslim yang bahagia di dunia dan tentunya di akhirat sana nanti.
"Firman Allah: Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum sampai kepadamu (ujian dan cabaran)seperti yang yang telah berlaku kepada orang yang terdahulu?Mereka telah ditimpa kepapaan(musnah harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman musuh),sehingga berkatalah rasul dan orang beriman bersamanya :Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat(asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)" Surah Al-Baqarah (2:214).

Orang yang menyedari hakikat dunia sebagai ujian, dia akan terus berusaha kerana dia memiliki 2 unsur motivasi dalam dirinya.Pertama,dia tahu bahawa hidup adalah ujian.Kedua, dia tahu bahawa apa jua yang dilakukannya akan mendapat ganjaran di akhirat.

~Ya Allah ya tuhanku,berilah kepadaku ganjaran terhadap musibah yang aku lalui dan gantikan bagiku sesuatu yang yang lebih baik daripadanya~
~inna lillah wa inna illaihi raji'un~

wallahua'lam.

Sunday, 3 October 2010

Takut dan harap

~salam~
Kekadang mahmudah tidak kecapaian hanya dengan tekunnya amalan..
Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian
Dari kesakitan, kegagalan dan..
persengketaan.

Kekadang Allah menyempitkan..supaya kita tak hanyut dalam kesenangan..
Kekadang Dia melapangkan..supaya kita tak selalu dipagut kesempitan..
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya...
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!

Ya Allah..
Dalam alpa dan berdosa...kami takut
Dalam ingat dan taat.. kami harap
Takut kemurkaan-MU!
Harap keampunan-MU!

~Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia,tidak kira kedudukan,harta dan pangkatnya.Firman Allah:“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” (Al Mulk).~
~wallahuallam~

Saturday, 2 October 2010

~resah penantianku~

salam wbt...
"ujian lumrahnya dunia"

....Ya Allah,Yang Maha Mendengar...makbulkanlah permintaanku...

pahit dan perit...terima sahaja sebagai penghapus dosa..

"Bila senang aku melupakanMu..dan tatkala aku susah aku mencariMu"

Ya Allah...Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun,amat cinta memberikan keampunan..Maka ampunilah kami..
aku yakin ada natijah disebalik kepayahan itu..ada rahmat disebalik ujian itu..ada nikmat tersembunyi di birai musibah..

mungkin inilah yang terbaik buat kami biarpun hati kami sentiasa mencemburui kesempurnaan yang tidak ada pada kami...
kerana kami manusia yang tidak dan tidak akan pernah puas dengan nikmat..sering mempersoalkan setiap ujian yang menimpa..
sedangkan diri kami sebenarnya tidak layak pun untuk menimbulkan persoalan kenapa,kenapa,dan kenapa...kenapa mesti kami...

~hujan di luar lebat sekali menghempas bumi...seiring dengan angin malam,sejuk sampai ke tulang...biarlah hati ini menangis lebih lebat dari hujan diluar sana..Dengarlah hati ini mengaduh...Ya Allah..~

wallahuallam.