Thursday, 29 April 2010

ulang tahun 21

salam wbt..
Datang sudah hari ini..
Hari dimana dulu aku dilahirkan dan hari dimana orang tertawa sekaligus haru,
menjelang perkenalanku dengan dunia ini..Hari ini aku mengenang kembali..
Kerikil-kerikil tajam yang memperkaya erti hidupku.Manisnya madu cerita hidup,yang membuat senyumku lepas..
Akhirnya aku tahu..bahawa dalam cerita hidupku, ada manis ada pahit..
Ada juga penolakan, ada penerimaan...
Lalu akhirnya aku belajar untuk menerima dengan seluas hatiku..
Membuatku lebih bahagia,lebih menghargai hidup..
Melihat hidup sesuai dengan usiaku...

Ya Allah,ku panjatkan rasa syukur padaMu, masih lagi aku bernafas ketika ini..semakin meningkat usiaku,semakin besar tanggungjawabku..semakin bertambah bebanan dakwah di bahuku ini..
mak dan ayah,terima kasih yang tidak terhingga kerana telah menjaga aku hingga saat ini..kasih sayang yang tidak tergambar buat kamu berdua..kasihmu ibu dan ayah selamanya tak pernah padam..
sahabat-sahabat di kiri kananku..terima kasih buat kalian..bantulah aku menjadi lebih baik..sokongan dan nasihat kalian benar benar menyentuh hati kecilku..aku syg kalian..teruskan perjuangan dan selamat berjaya..

semoga dirahmati..semoga panjang umur..semoga bahagia..
wasalam

No comments:

Post a Comment