Friday, 15 April 2011

Syukur

Alhamdulillah...sudah berakhir hari ini.jumaat. sedang hari hari ku rasakan terlalu pantas berlalu. rasanya baru sahaja pandai meng approach kanak kanak yang amat gerun untuk di hampiri suatu ketika dahulu. jarum jam terus berdetik..detik detik waktu kian berlalu..detik detik tanpa lakaran memori..hanya illusi minda..sekali lagi aku hanyut dengan angan2.. petang petang begini, pulang dari kuliah dan mata serta kepala yang dirasakan terlalu berat memaksa diri untuk terasing sebentar. mengasingkan diri di waktu menghampiri senja, merelakan fikiran bersama hidupan alam..tenang!! aku melontarkan pandangan pada langit..aku yang terbuai dengan kicauan burung burung ciptaan tuhan.tenang!! terleka juga dengan putaran kipas syiling yang sangat pantas, bagaikan pekak dengan riuh rendah sahabat2 di ruang makan rumah..lagi tenang!!
Alhamdulillah..
murahnya air mata mengalir bila duduk bermuhasabah..
mengenang dan merenung segala kebaikanNya kepadaku..
lagi lagi waktu begini,emosi ini tersentuh..
Siapalah aku..
Apalah sangat yang ada padaku..
Setakat manalah pengabdianku..
Namun tiada pernah Dia menjauhiku..
Kekadang aku terasa malu..
Namun tetap terharu..
Ya Allah, indahnya tarbiyahMu..

No comments:

Post a Comment