Friday, 24 September 2010

kadangkala tidak indah

salam wbt..
saye dapat rasakan saye sdg beremosi waktu ini...mungkin kerana saye penat.seminggu saya dengan medicine posting benar benar memenatkan merunsingkan fikiran saye..tido malam yang lewat,bangun pagi yang awal...lena yang tidak begitu berkualiti dengan jiwa kacau waktu itu..
mungkin ini adalah ujian buat saye..mungkin juga dgn ujian ini saye akan menjadi lebih baik..insyaallah..
seingat saye,ada satu hari dalam minggu ini yang mungkin saye rasakan amt sedih buat saye..sehingga saye rasa bosan dengan bidang perubatan ini,sehingga hampir hampir mematahkan semangat yang terkumpul dalam diri saya.emm..malas rasanya untuk mengembalikan ingatan sy pada peristiwa yang berlaku.Petang itu,seminar yang biasa mengumpulkan semua posting seperti biasa diadakan di kampus selayang.saye tetap meneruskan langkah untuk ke sana.walau hakikatnya ia sangat berat utuk diteruskan.saye sibuk mengemas nota dan homework yang saye ingin lakukan di rumah pada malam harinya. dan ketika itu,fikiran saye sedang melayang jauh..berpusar pada masa depan..semangat perjuangan sebagai pelajar perubatan kian rapuh dan hampir hilang waktu itu...dalam hati saye~ya Allah..aku lemah waktu ini ya Allah.Bantu aku ya Allah...~sebak....
tatkala saye sedang sedih memikirkan tahap semangat saye waktu itu,sahabat menghulurkan artikel stail tazkirah kepada saye..yang saye nampak dari ekor mata saye waktu itu hanyalah salam syawal..desus hati lagi..erm,mungkin pasal puasa 6..nantilah bace.artikel itu hanya dibiarkan sahaja.
sehinggalah dr hafil memulakan lecture nye,saye terasa ingin membaca artikel tersebut..bila saye bace terus air mata saye menitis..cepat2 di seka supaya xde yang perasan..saye ingin pahatkan ia pada coretan rasa blog ini..kerana ia bermakna~~

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Segala puji bagi Allah kerana masih meminjamkan kita hari ini dengan pelbagai nikmatNya, yang membolehkan kita terus bergelar pelajar perubatan.Melihatkan para pesakit di ward, terasa begitu banyak nikmat Allah pada diri ini.Dan sesungguhnya nikmat sebiji mata kurniaanNya sahaja tidak mampu dibayar walau dengan ibadah ratusan tahun
oleh seorang yang bergelar abid.Menyelami diri sendiri, sebenarnya siapa aku di hadapanNya?Apakah Allah memandang gelaran'doktor'seperti mana masyarakat yang menyanjung gelaran ini.Sama sama kita muhasabah diri.Semoga nasihat tokoh di bawah menjadi pencetus untuk kita berfikir.
Salam Syawal,khas untuk anak anak yang bergelar pelajar perubatan dan kepada ibu bapa kpd anak anak di atas.
Sedikit pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan selama 5tahun,seorang doktor selama 19 tahun,menjadi pakar O&G dan pendidik kepada pelajar perubatan selama 13 tahun.
ANAK ANAKKU....
Kalian sebenarnya bertuah kerana dipilih Allah mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia.Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini!!!
Harapnya dorongan ini bukanlah semata mata mahu mencuba nasib,memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang bergelar doktor dalam salasilah keturunan,ataupun ingin sentiasa bersama dgn rakan kariblain yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama..
~jangan kalian terkejut nanti dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui nanti~perubatan adalah satu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat.kalian sendiri yang perlu mencetuskan keghairahan mahu menuntut ilmu,bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar.kalian akan mulai mendengar self-directed learning,student centered education,life long learning,community based learning dan lain lain.
pengajar kalian bukan hanya professor dan pensyarah perubatan,malah yang bergelar pesakit itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar.para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu di beri penghormatan.
yang paling utama adalah akhlak kalian..menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh..
UNTUK IBU BAPA KEPADA ANAK YANG MERUPAKAN PELAJAR PERUBATAN
mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak anak kalian dengan akhlak yang sempurna terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka.mereka akan menjadi doktor perubatan-bukan calang2 profesyen.
sokong dan dokong lah mereka sehingga ke akhir nanti-kerana cubaan dan dugaan yang anak anak ini perlu hadapi bukan setakat semasa dalam latihan sahaja malahan lebih mencabar apabila telah bergelar doktor nanti.Insyaallah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah dari segala bencana selagi mana pergantungan hanyalah kepada Allah semata mata.
DR HARLINA HALIZAH SIRAJ,
PAKAR PERUNDING OBSTETRIKS &GINEKOLOGI
HOSPITAL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA..


ermm...meniti hari hari yang penuh mencabar dalam realiti kehidupan seorang pelajar perubatan sebenarnya memerlukan kedekatan hati kepada Allah.Memerlukan keberkatan dan adab adab yang digariskan islam.Sama samalah kita sahabat sahabat di samping kita berusaha memenuhi tuntutan assessment posting,jangan kita lupa yang paling utama dgn Allah,pemberi nikmat ini kepada kita.Kembali menelaah diri,apakah benar niatku menjadi seorang doktor kerana Allah?? sejauh mana kebenarannya terbukti apabila kita diuji....sahabat sahabat,jngan kita hebat di hadapan manusia sedangkan kita bukan sesiapa pun di hadapan Allah..Meniti kalam cinta Illahi,87:16-17"sedangkan kamu(orang2 kafir)memilih kehidupan dunia,padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal"
~~FASTABIQUL KHAIRAAT~

astaghfirullah hal azim...saye baru tersedar...artikel ini ingatkan saye.alhamdulillah..supaya tidak berputus asa..insyaallah saye boleh!!Allah Yang Maha Mendengar setiap rintihan dan setiap apepun yang terbuku di hati saye~
dengan itu,saye rase insyaallah sayeakan cuba bangun..cuba juga untuk bangun dan terus melangkah..insyaalah~~~
Wallahuallam.

No comments:

Post a Comment