Thursday, 18 November 2010

Perlu terisi

salam wbt
rabu lepas-berakhir exam long case medicine posting..akhirnya dengan tangisan kecewa..hati di tusuk sebak..tanpa henti terus terusan..dan ber sms dengan bonda memohon seribu kemaafan kerana sikap yang tak bersungguh..bukan aku sahaja yang berlinang air mata..sahabat sahabat yang lain turut sama..bukan kerana exam tetapi aku...mudah mudahan..

tamat exam..pesanan Dr. zubin masih lagi berputar putar dalam otak yang sempit ini..kamu dah besar..kamu perlu berdikari..kamu medical student..aku tersedar ke masih lagi angau dan fenim dengan exam sejam yang lepas?bukan pesanan untukku sahaja,bahkan buat kami semua..ye!!aku tersedar..yang kita ni memang belajar sendiri..kekuatan untuk bertahan patut ada dalam diri ini..menapak kejayaan menusur ranjau hidup..huhh..apa yang aku merepek tanpa arah tuju ini?yang pasti..hakikatnya...self directed learning awak oiii...belajar dengan desakan hati yang mesti dan sentiasa kena utuh dan mantap..~

belajar perlu berkat papepun..jangan lupa~
tersenyum sorang sorang...
malamnya pirahna..cerita yang mengembalikan trauma aroma sadis yang tidak mampu diterima otak..aduh terasa terbeban....penat dan mahu muntah...muntah tak jugak..angin sendawa jelaa..
tak boleh tengok..sadis dan seksi..tak berapa nak cerdik..aku bantai je..ni pendapat ikhlas dari hati ni..emm..tak daya nak tengok..aku alergy dengannya..tapi layaann...
penat...tido awal lah...

khamis pagi...tido sehingga cerah mentari menyapa pipi..lega dan tenang...langit dunia birunya damai..mereka sudah bekerja..tanpa jemu walau terpaksa,fikirku..bekerja dengan penat dan lelah sebagai buruh..menyiapkan binaan yang masih banyak lagi..bangunan kami..??uitm kampus sungai buloh..kampus perubatan..insyaallah lawa..dan terserlah kecemerlangannya..;)

aku teruskan pagi damai itu dengan murabbi cinta karangan ustaz hasrizal..memang sweet dan mencuit hati...~walaupun itu untuk kemudi rumah tangga~....best walau tibai je buku tuh..untuk sekadar terisi..tanpa sia sia..

cik ismah menjenguk dari muka pintu...yah,nak g OU?g nga Jiah...nak?
ermmm...seronok bunyinya..desus hati yang masih tidak terpancar dari raut wajahku sehingga is tertanya tanya..aku diam..diam seribu bahasa..hehhe...;p
aku terus saja bersiap....dan menuju ke OU...

to be continued....hehe..;)

wallahuallam

No comments:

Post a Comment