Friday, 27 August 2010

Pada Ramadhan ini

~salam wbt~
Hakikatnya ramadhan ini akan pergi..Namun yang pergi hanya giliran purnama
tapi bukan rasa dan maknanya
Semoga semuanya masih..di jiwa yang sentiasa merindui barakah dan maghfirahnya..

Apakah roh Ramadan ini akan terus menerangi bulan-bulan seterusnya?
Nanti Syawal bertamu jua..bersama wajah seindah fitrah...
Tasbih, tahmid dan takbir pun diucapkan dan di situ satu kemenangan di raikan..
di satu peperangan..peperangan dalam diri..

Apakah kita berjaya??
ataupun kita hanya sekadar menumpang gembira..
di pinggiran kebesaran-Nya...

Ramadan dan Syawal akan pergi...dan masa saling silih berganti
Dan kita bagaimana?? Masihkah lagi di pelabuhan alpa? atau masih di dermaga dosa?
Dan bahtera kita terus kelelahan..dihempas ombak keresahan..

Akan tiba saatnya..ketika Ramadhan dan Syawal datang bersua lagi..
Tapi yakinkah kita berkesempatan untuk menyambutnya!!
kerana kita tidak tahu bilakah masa kita akan pergi..
pergi meninggalkan pentas kehidupan dunia yang terlalu pendek ini..
~wallahuallam~

No comments:

Post a Comment