Kolej
kediaman fakulti perubatan kampus selayang bagaikan tiada penghuni. Sunyi. Jam
menunjukkan angka 7.30 pagi. Terlalu awal untuk melakukan apa apa.tubuh terasa
berat. Ibarat menggalas beban tak terhitung nilaiannya. Masih awal.hati kecil
memujuk lembut. Subuh ku pagi ini lewat. Dari pandangan sekilas ke luar
tingkap, jelas sudah lewat. Sesal terbit di jiwa.melemahkan lagi urat sarafku
saat ini. Lantas, Al-Quran berkulit hijau kegemaranku di capai. Aku meneruskan
bacaan di pagi hari, di niatkan sedekah buat arwah ayah yang lebih sebulan
menghadap illahi. Ku susuri ayat dari Sang pencipta ku. Tersembunyi seribu
makna, seribu peringatan. Peringatan yang berulang-ulang. Hati tenang biarpun
penat masih terasa.
Alhamdulillah,
aku masih hidup hari ini.masih mampu menggerakkan setiap sendi ku tanpa rasa
sakit, mampu melompat dengan riang dan mampu tersenyum dengan lebarnya.Allah
sayangkan hambanya.Alhamdulillah..syukurku panjatkan padaMu.
di rumah ini, aku dan ismah hanya berdua, selebihnya pulang ke rumah bertemu keluarga dan ada yang mengikuti program tarbiyah. Masa berlalu pantas. Aku merenung diriku.fikiranku jauh menerawang entah ke mana. Kosong.
di rumah ini, aku dan ismah hanya berdua, selebihnya pulang ke rumah bertemu keluarga dan ada yang mengikuti program tarbiyah. Masa berlalu pantas. Aku merenung diriku.fikiranku jauh menerawang entah ke mana. Kosong.
Dalam
khayalan minda itu, aku kembali terlelap, bertelekung putih lengkap. Selesa
rasanya. Enak.
Angin bayu menyapa pipiku, menyedarkanku dari lena pagi.pandanganku tertumpu pada jam dinding. Cepatnya masa berlalu. Jam 9.00. rumahku masih sunyi. Tentu cik ismah masih enak di buai mimpi.aku terus bangkit menyiapkan diri. Entah kenapa badanku terasa penat. Pelik rasa itu.susah untuk diceritakan. Ku cuba usir rasa letih itu, ia tetap juga bertandang, bagai segan berpisah dari jasadku. Aku selalu merasakan pagi masih awal selagi mana pancaran mentari tak sampai ke wajah. Ahh,bagaimana nak merasa bahang sang mentari kalau hanya berkurung di bilik sahaja?. Langsir ku selak, hanya dua biji mata ku benarkan melilau keluar. Takut juga ternampak dek orang kepala tak bertutup. Aduhh.. aku mengeluh.ke mana warga selayang? Di mana kamu semua.hati kecilku menjerit. Benci rasa ini.rasa bosan.
Angin bayu menyapa pipiku, menyedarkanku dari lena pagi.pandanganku tertumpu pada jam dinding. Cepatnya masa berlalu. Jam 9.00. rumahku masih sunyi. Tentu cik ismah masih enak di buai mimpi.aku terus bangkit menyiapkan diri. Entah kenapa badanku terasa penat. Pelik rasa itu.susah untuk diceritakan. Ku cuba usir rasa letih itu, ia tetap juga bertandang, bagai segan berpisah dari jasadku. Aku selalu merasakan pagi masih awal selagi mana pancaran mentari tak sampai ke wajah. Ahh,bagaimana nak merasa bahang sang mentari kalau hanya berkurung di bilik sahaja?. Langsir ku selak, hanya dua biji mata ku benarkan melilau keluar. Takut juga ternampak dek orang kepala tak bertutup. Aduhh.. aku mengeluh.ke mana warga selayang? Di mana kamu semua.hati kecilku menjerit. Benci rasa ini.rasa bosan.
Langkahku
hayun ke arah kamar seram ismah. Diam tanpa kata. Pintu biliknya perlahan lahan
ku kuak. Sebujur tubuh sedang enak di buai mimpi. Matanya rapat terpejam.
Sesekali berkerut kening. Mimpi ngeri apa yang sedang di hadapi sahabat
tercinta ini. Aku buntu. Rasa bosan menyelinap lagi. Menambah penat dan lelah
yang menyerang.walhal masih tiada apa pun yang ku kerjakan untuk hari ini. Aku
memilih untuk menyediakan sarapan ringkas, cukup melenyapkan bunyi bunyian
daripada pergerakan aktif si usus. Segelas milo dan sekeping roti kosong.
Alhamdulillah.kenyang....
Menghampiri
rak yang penuh dengan buku, tanganku pantas mencapai buku ortho. Dalam hati
‘jadahnya apa ku belek kamu si buku sedang kawan kawanku sedang bahagia dengan
keluarga’.. helaian buku ku selak tak bermaya. Ringkas. Aku memulakan bacaanku
dengan lafaz agung puji pujian padaNya. Moga mengalir keberkatan bersama. Tekun
ku baca, tak kusedar dah hampir ke penghujung.
Aku kembali menoleh jam di dinding.Allahu..rasa penat ini luar biasa. Mungkin terlebih
tido? Atau kurang air dalam badan? Atau stress kerana bosan? Otakku terus
berteka teki. Namun tiada jawapan. Perutku berbunyi minta di isi. Manakan tidak
kalau jarum jam sudah di angka satu? Nampaknya cik ismah masih dibuai buai. ku
harus segera mengejutkannya.kerana aku benar benar lapar. Dan aku juga bosan
sendirian.
Aku dan
ismah menjamu selera di anjung restauran. Masakan pantai timur. Pilihanku. Perjalanan
ke restauran itu ku rasakan lama. Aku penat.mungkin sebab itu fikirku. Kami beriringan
pulang ke kediaman setelah selesai. Di rumah, solat zohor kami berjemaah. Indahnya.
Tetapi sunyi tetap mengisi ruang hati. Petang itu, aku mengadu pada cik ismah. Ku
nyatakan rasa yang terbuku di hati.bosan. pesanan ringkas ku hantar pada kakak
di sibu. Kalau bukan aku yang mulakan, janganlah di harap untuk menerima sms
darinya.
Petang itu,
aku buntu. Apa saja yang di lakukan, ku rasa serba tak kena. Kenapa ni? Kenapa ni?
Ahh..bosan. serius. Kembali aku pada si buku..othopaedics.ohh..ortho.
aku terus menelaah penuhgian semangat.
Hinggalah saatnya aku kembali terlelap.
aku terus menelaah penuh
Terlelap kali
ini bukan kosong. Dengan mimpi.mimpi ngeri.penuh emosi.
**********************
Aku berlari
sekuat hati. Dari ekor mataku, ternampak pemuda berwajah bengis cuba mengejar
seseorang. Malang, wajahnya tak dapat di kenal pasti.hampa. aku cuba mengenali
pemuda itu.gagal lagi.samar kabus gelap bercampur. Seperti tidak membenarkan.
Di tangan
pemuda itu terdapat sebilah parang. Dia asyik mengekori seseorang itu. Aku cuba
berlagak berani.menyiasat dari kejauhan. Di pukul seseorang itu penuh amarah
dan benci. Kesumat dendam bagai bertahun di simpan. Aku menyaksikan detik cemas
itu dengan penuh debaran. Dapat di rasakan degupan di dada kian kencang.darah
pekat mengalir. Namun aku masih gagal untuk mengenali dia. Siapa dia? Dan kenapa?
Tidak semena mena, pemuda itu terpandangku. Kaget di pandang penuh tajam. Bagai
sang singa yang kelaparan. Tidak dapat ku gambarkan takutnya aku di saat itu. Terpisah
jantung dari jasad.
Apa lagi? Seribu
langkah aku mulakan.tenaga yang ada ku kerahkan untuk melarikan diri. Namun dia
semakin menghampiri. Pelik. Terbang atau dia berlari.kenapa mesti sepantas
kilat?soalan berputar di benakku terbiar tanpa dijawab.
Dia cuba
menangkapku.berjaya ku elak.ku kira aku juga hebat. Dan pada saat itu, dia
sedang menghayungkan parang di tangannya. Aku gementar. Urat sarafku bagai
terputus. Degupan jantung paling kuat pernah aku rasakan. Dan aku menjerit
sekuat hati minta diselamatkan.ayaaaaaaaaaaahhhhhhhh....!!!!!
Mataku terbuka
luas. Peluh dingin memercik di dahi. Debaran masih bersisa. Bagai realiti.astaghfirullah..aku
bermimpi.mimpi.mimpi.
Ku kembali
pejamkan mata. Dan kubuka.berkelip kelip.samar pandanganku.astaghfirullah..
tapi..ayah? aku menjerit memanggil ayah minta di selamatkan. Dan sejenak
kemudian, aku kembali sedar, yang aku
sudah tidak punya ayah. Bukankah ayahku sudah meninggalkanku lebih sebulan yang
lalu..air mataku bergenang. Aku mengucap panjang.istighfar tanpa henti..
Segera aku
sedekahkan Al fatihah buatnya. Benar, aku rindukannya.aku tidak menipu.ya, aku
benar benar rindukannya.
Ku seka air
mataku supaya sedih tidak berpanjangan. Tiba tiba cik ismah menjengah dari daun
pintu bilikku. Sambil tersenyum ‘ yah, jom solat. Dah asar ’. ku balas
senyumannya. Aku terlelap agak lama. Gembira si syaitan.bukan? aku segera bangun menunaikan kewajipan
muslim.hutangku pada Dia perlu di segerakan.
Wallahua’llam