Sunday, 6 May 2012

hari minggu


Kolej kediaman fakulti perubatan kampus selayang bagaikan tiada penghuni. Sunyi. Jam menunjukkan angka 7.30 pagi. Terlalu awal untuk melakukan apa apa.tubuh terasa berat. Ibarat menggalas beban tak terhitung nilaiannya. Masih awal.hati kecil memujuk lembut. Subuh ku pagi ini lewat. Dari pandangan sekilas ke luar tingkap, jelas sudah lewat. Sesal terbit di jiwa.melemahkan lagi urat sarafku saat ini. Lantas, Al-Quran berkulit hijau kegemaranku di capai. Aku meneruskan bacaan di pagi hari, di niatkan sedekah buat arwah ayah yang lebih sebulan menghadap illahi. Ku susuri ayat dari Sang pencipta ku. Tersembunyi seribu makna, seribu peringatan. Peringatan yang berulang-ulang. Hati tenang biarpun penat masih terasa.

Alhamdulillah, aku masih hidup hari ini.masih mampu menggerakkan setiap sendi ku tanpa rasa sakit, mampu melompat dengan riang dan mampu tersenyum dengan lebarnya.Allah sayangkan hambanya.Alhamdulillah..syukurku panjatkan padaMu.
di rumah ini, aku dan ismah hanya berdua, selebihnya pulang ke rumah bertemu keluarga dan ada yang mengikuti program tarbiyah. Masa berlalu pantas. Aku merenung diriku.fikiranku jauh menerawang entah ke mana. Kosong.

Dalam khayalan minda itu, aku kembali terlelap, bertelekung putih lengkap. Selesa rasanya. Enak.
Angin bayu menyapa pipiku, menyedarkanku dari lena pagi.pandanganku tertumpu pada jam dinding. Cepatnya masa berlalu. Jam 9.00. rumahku masih sunyi. Tentu cik ismah masih enak di buai mimpi.aku terus bangkit menyiapkan diri. Entah kenapa badanku terasa penat. Pelik rasa itu.susah untuk diceritakan. Ku cuba usir rasa letih itu, ia tetap juga bertandang, bagai segan berpisah dari jasadku. Aku selalu merasakan pagi masih awal selagi mana pancaran mentari tak sampai ke wajah. Ahh,bagaimana nak merasa bahang sang mentari kalau hanya berkurung di bilik sahaja?. Langsir ku selak, hanya dua biji mata ku benarkan melilau keluar. Takut juga ternampak dek orang kepala tak bertutup. Aduhh.. aku mengeluh.ke mana warga selayang? Di mana kamu semua.hati kecilku menjerit. Benci rasa ini.rasa bosan. 

Langkahku hayun ke arah kamar seram ismah. Diam tanpa kata. Pintu biliknya perlahan lahan ku kuak. Sebujur tubuh sedang enak di buai mimpi. Matanya rapat terpejam. Sesekali berkerut kening. Mimpi ngeri apa yang sedang di hadapi sahabat tercinta ini. Aku buntu. Rasa bosan menyelinap lagi. Menambah penat dan lelah yang menyerang.walhal masih tiada apa pun yang ku kerjakan untuk hari ini. Aku memilih untuk menyediakan sarapan ringkas, cukup melenyapkan bunyi bunyian daripada pergerakan aktif si usus. Segelas milo dan sekeping roti kosong. Alhamdulillah.kenyang....

Menghampiri rak yang penuh dengan buku, tanganku pantas mencapai buku ortho. Dalam hati ‘jadahnya apa ku belek kamu si buku sedang kawan kawanku sedang bahagia dengan keluarga’.. helaian buku ku selak tak bermaya. Ringkas. Aku memulakan bacaanku dengan lafaz agung puji pujian padaNya. Moga mengalir keberkatan bersama. Tekun ku baca,  tak kusedar dah hampir ke penghujung. Aku kembali menoleh jam di dinding.Allahu..rasa penat ini luar biasa. Mungkin terlebih tido? Atau kurang air dalam badan? Atau stress kerana bosan? Otakku terus berteka teki. Namun tiada jawapan. Perutku berbunyi minta di isi. Manakan tidak kalau jarum jam sudah di angka satu? Nampaknya cik ismah masih dibuai buai. ku harus segera mengejutkannya.kerana aku benar benar lapar. Dan aku juga bosan sendirian.

Aku dan ismah menjamu selera di anjung restauran. Masakan pantai timur. Pilihanku. Perjalanan ke restauran itu ku rasakan lama. Aku penat.mungkin sebab itu fikirku. Kami beriringan pulang ke kediaman setelah selesai. Di rumah, solat zohor kami berjemaah. Indahnya. Tetapi sunyi tetap mengisi ruang hati. Petang itu, aku mengadu pada cik ismah. Ku nyatakan rasa yang terbuku di hati.bosan. pesanan ringkas ku hantar pada kakak di sibu. Kalau bukan aku yang mulakan, janganlah di harap untuk menerima sms darinya.
Petang itu, aku buntu. Apa saja yang di lakukan, ku rasa serba tak kena. Kenapa ni? Kenapa ni? Ahh..bosan. serius. Kembali aku pada si buku..othopaedics.ohh..ortho.
 aku terus menelaah penuh gian semangat. Hinggalah saatnya aku kembali terlelap.
Terlelap kali ini bukan kosong. Dengan mimpi.mimpi ngeri.penuh emosi.

**********************
Aku berlari sekuat hati. Dari ekor mataku, ternampak pemuda berwajah bengis cuba mengejar seseorang. Malang, wajahnya tak dapat di kenal pasti.hampa. aku cuba mengenali pemuda itu.gagal lagi.samar kabus gelap bercampur. Seperti tidak membenarkan. 

Di tangan pemuda itu terdapat sebilah parang. Dia asyik mengekori seseorang itu. Aku cuba berlagak berani.menyiasat dari kejauhan. Di pukul seseorang itu penuh amarah dan benci. Kesumat dendam bagai bertahun di simpan. Aku menyaksikan detik cemas itu dengan penuh debaran. Dapat di rasakan degupan di dada kian kencang.darah pekat mengalir. Namun aku masih gagal untuk mengenali dia. Siapa dia? Dan kenapa? Tidak semena mena, pemuda itu terpandangku. Kaget di pandang penuh tajam. Bagai sang singa yang kelaparan. Tidak dapat ku gambarkan takutnya aku di saat itu. Terpisah jantung dari jasad.
Apa lagi? Seribu langkah aku mulakan.tenaga yang ada ku kerahkan untuk melarikan diri. Namun dia semakin menghampiri. Pelik. Terbang atau dia berlari.kenapa mesti sepantas kilat?soalan berputar di benakku terbiar tanpa dijawab. 

Dia cuba menangkapku.berjaya ku elak.ku kira aku juga hebat. Dan pada saat itu, dia sedang menghayungkan parang di tangannya. Aku gementar. Urat sarafku bagai terputus. Degupan jantung paling kuat pernah aku rasakan. Dan aku menjerit sekuat hati minta diselamatkan.ayaaaaaaaaaaahhhhhhhh....!!!!!
Mataku terbuka luas. Peluh dingin memercik di dahi. Debaran masih bersisa. Bagai realiti.astaghfirullah..aku bermimpi.mimpi.mimpi.

Ku kembali pejamkan mata. Dan kubuka.berkelip kelip.samar pandanganku.astaghfirullah.. tapi..ayah? aku menjerit memanggil ayah minta di selamatkan. Dan sejenak kemudian, aku  kembali sedar, yang aku sudah tidak punya ayah. Bukankah ayahku sudah meninggalkanku lebih sebulan yang lalu..air mataku bergenang. Aku mengucap panjang.istighfar tanpa henti..
Segera aku sedekahkan Al fatihah buatnya. Benar, aku rindukannya.aku tidak menipu.ya, aku benar benar rindukannya. 

Ku seka air mataku supaya sedih tidak berpanjangan. Tiba tiba cik ismah menjengah dari daun pintu bilikku. Sambil tersenyum ‘ yah, jom solat. Dah asar ’. ku balas senyumannya. Aku terlelap agak lama. Gembira si syaitan.bukan?  aku segera bangun menunaikan kewajipan muslim.hutangku pada Dia perlu di segerakan.

Wallahua’llam

Friday, 23 December 2011

tak perasan!

Salam wbt
Apa khabar iman kita hari ini? Pada tahap yang cemerlang ataupun sebaliknya? Insyaallah cemerlang..aminn.
moga Allah permudahkan urusan kita hari ini.. hari pernuh barakah..JUMAAT.
Seperti biasa sesi klinik kardiologi akan bermula jam 10 pagi..grup B perlu ikut segala urusan prosedur, manakala grup A akan duduk bersama specialist dalam klinik. Hari ini turn grupku ke urusan prosedur..pagi yang penuh barakah adalah rugi di biarkan berlalu tanpa manfaat. Lantas, sms kuhantar pada wahidah mengajaknya ke ward seperti selalunya. Insyaallah!..dan alhamdulillah kami ke hospital selayang tepat jam 7.30 pagi..

Sampai sahaja di wad, kakiku pantas melilau ke kiri dan ke kanan di setiap kubikal pesakit..takot takot ada new admission.dan alhamdulillah, ada jugak rezeki meng examine pesakit dengan jayanya..alhamdulillah..jam 9.30 pagi..kami mula beredar meninggalkan wad untuk ke kampus bagi sesi klinik.

Di sana, bebrapa prosedur seperti dobutamine stress test, ecg and stress test berjaya di observe. Selepas buat sibuk2 bertanya pada kakak kakak yang menegendalikan prosedur itu, aku mmelangkah meninggalkan room itu untuk ke bilik dr. Dan kebetulan prof hamed omar, kardiologist yang amat di hormati berada di satu bilik sedang menganalisis echo patients. Dan aku memilih untuk join dr insyaallah walau sekejap bermakna pasti!!. Dan aku minta dr ajarkan serba sedikit mengenai echo..dan beberapa abnormalities yang ada.alhamdulillah..Allah permudahkan..

Kurang lebih jam 12.30, perut mula berlagu rentak minta di isi..lapar sudah!!..sarapan roti berinti jagung cukup setakat jam11.00 pagi shaja effectnya..hehe..=) aku memutuskan untuk beredar pulang ke kolej. Setelah itu, aku berlalu ke dewan makan .dan kebetulan amy hendak ke arah yang sama..

kami berjalan seiringan..

Aku: amy, awak nak beli makanan tak??
Amy : erm..tak kot.saya nak kuar kejap.
Aku: nak g ane? Nak ikottt...hehe..makan kat lua ke?nak ikot2..hehe..gaya manje2.(selalu menyibuk..=))
Amy: ye? Jomlah..tp bukan nak makanlaa..tapi nak g beli skipping rope syira...
Aku: ohh..ye ke..erm..xnak la..awk xnak beli lauk? Mcm tak ramai je..mesti lauk banyak lagi ni..rugi..
Amy: saya ingat nak beli Mc D je..erm..bolehlah tgk kejap..
Aku: Mc D? Kenyang ke untuk lunch? Jomla tgk lauk dulu..

Kami kembali beriringan ke sana.
Aku tanpa berlengah, terus menyendukkan nasi ke dalam polisterin..erm..best lauk hari ini..yeay!!
Amy pula sedang sibuk menyendukkan nasi versi banyaknya..hehe.dan ketika aku mula menghampiri kerabu mangga kegemaranku..
Amy pun memberhantikan aku..

Amy: boleh tak awk tolong bungkuskan nasi ni sepenyet penyetnya? Bg dia jadi sekecil kecil bungkusan?
Aku: boleh..nah, tolong pegangkan sy nye nasi jap ye..
Amy: ehh takpe2..awk isi yang awknye dulu..
Aku: ohh..ok2..hehe..
Usai, aku pun membungkus nasinya sedaya yang mampu..tiba tiba amy bersuara..
Amy: awak, awk dah berubahla..
Aku: kann?? Saya pun x suka sebenarnya..tgk la makanan sy ni..macm2 ader..sedap kot..saya dah tak ‘pantang ‘lagi macam yang sy selalu buat masa kita kat hospital putrajaya dulu..ish2..dah tak de dah pengiraan kalori..ish2..teruk betul..(berjela jela jawab kann)..hehe
Amy: ish..bukanlah..
Aku: aik??? Berubah macam mane maksud awak?sy xpaham lee..=)
Amy: yelaa..awk dah berubahlaa..mcam..err..awak dah macam banyak bersabar..dah tak cepat marah...(hehe)
Aku: ohh..ekk? xtaw..yela..mungkin jugak..erm, mungkin jugak awak bru kenal sy kot..hahaha..erm..kalo macam tu yeayyy!!!!! Sy dah berjaya la kan?..huhu..thanx amy!
Amy: senyum memanjang..

Perbualan kami terhenti di situ kerana terujaku menggunung tinggi saat ternampak ikan keli berlada..haha feveret kott!
Sedar sedar kelibatnya sudah tida di cafe..tapi fikiranku masih lagi menganalisis kata katanya tadi..

Ya Allah..kadang kadang kata kataku, perbuatanku, sikapku melebihi batasnya..sampaikan individu sekelilingku terasa dan takut untuk menghampiriku..tanpa aku sendiri menyedarinya..
Ampunkan aku ya Allah..silaturrahim yang perlu aku jaga kadang kadang tercemar kerana kurang cakna pada perasaan mereka..ampunkan aku ya Allah..

Sahabat sahabatku.. yang pernah mengenaliku, maafkan diri ini yang tak pernah lekang membuat silap..andai aku dah terlanjur dalam tutur kata dan bicara, mohon kalian maafkan aku..
Aminn..

Tuesday, 20 December 2011

Sikap wanita yang di senangi lelaki..=)

Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.

Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: "Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."

(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)

01.Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.

02.Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.

03.Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

04.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

05.Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?

06.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

07.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru ,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

08.Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
09.Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.

http://saifulanuarmusleem.blogspot.com/search/label/Ruangan%20Hawa

Monday, 19 December 2011

hari ini dalah kenangan

Salam wbt..

kisah yang berlaku pada hari adalah kenangan..

insyaallah kenangan yang terindah dalam hidup ini..

kerana Allah hadiahkan kenangan ini agar diriku menjadi insan yang lebih baik pada setiap berlalunya hari hari...


Me: hi.gud morning uncle.how are you today?..(smile)

Patient : hii..gud morning..(smiling)..ermm..im ok..fine..

Me: Good!! Very good..and you look well too..ermm..uncle, i am 4th year medical student of Uitm, if you don’t mind, i would like to ask about the problems you have for this admission..

Patient: oo..yess2..sure2..can! Have a sit pliss.. =)

Me: so you are mr. NKP rite? From where?
patient: yes! From rawang.

Me: so have you been married? And if so, how many children you have?

Patient: yes, married already with 2 children

Me: then you have been admitted yesterday? Is it? For what reason?

Patient : ermm..i have chest pain yesterday. Actually i am having this chest pain for about 3 months. But yesterday was my the worst chest pain i have. At that time, i just sit, relax..yea because its still morning.then, suddenly i have that pain. It was centrally located and heavy in nature. I was sent to the hospital around 11 am.then, they gave me a medication that was put under tongue..and then pain slowly resolved.

Me: oh i c..er..so that pain is just centrally located?is it? So it is not spread anywhere??what worsen the pain ?and what relieves it?

Patient: yes..the pain is no where else.erm..i dont know what aggravates it..i just rest to make it less and then i went to the hospital.

Me: do you have any sweating? Feels like vomiting?is the pain spread to your arms and jaw?

Patient : erm..no,nothing happened to my hand and jaw. Why? What does it mean if i have those?

Me: ermm..from what i have learnt, if patient has chest pain, needs to know either the pain is spread to some where else.if you feel something wrong to your arm or jaw even back. This presentation is typical to those who have heart attack. The other reason i ask do you have sweating or feel like vomiting and shortness of breath is just same. The presentation can be accompanied by these problem too.

Patient: ohh..i see..i see..then, what medication they give me that they put under the tongue?

Me: ohh..that one is what we call.GTN.

Patient: what is it?
me: GTN is just the short form of it..unfortunately i forget the long name.hehehe..it is a vasodilator that can increase the blood flow the the ischemic area.
patient: haa?? You don’t know what it is?? I wanna buy it.
me: no lahh uncle..i know that medication, but i forget the long name..hehe
patient: you cannot forget it..ok?? you have to remember..=)
me: =) then, ask la the doctors that will come to you after this. Just for confirmation. Never mind uncle, i will go home and find out the name.heh3...=)

~The end~

Ini adalah sebahagian dari kisah yang berlaku pada hari ini. Alhamdulillah, dipertemukan dengan pesakit yang mengingatkan aku.go back to the basic. How can a doctor forget a simple thing? Tak bolehla macam tu..=)my mistake!

But 1 thing yang aku belajar dengannya hari ini ialah be nice to everyone...the way i approach him..and the way he accept my me..that one, should follow lahhh..

Apa apapun ..credit to uncle itu sebab sangat peramah. Sangat baik melayan karenah anak muda insyaalah doktor in future..aminn!!

Dan kemudiannya.. a house officer approaches me to help her takes a fewpatients’ blood. Since she was very buzy at that time.

Dan seorang daripadanya adalah pakcik berkenaan..

Me: uncle, sorry for disturbing you..i just want to take your blood for a while.may i?

Uncle: yes2..fo sure!!

Blood taking process done..but? berkerut kerut uncle tahan sakit..huhu.

To uncle:

Maafkan sy ye!! Tak sengaja buat uncle sakit.mungkin sekejap saje sakit itu..esok sy datang lagi jenguk uncle ..nak tengok lebam atau tidak..!!
dan nak cek jantung dan paru paru uncle jugak esok..

Insyaallah!!~

Sunday, 18 December 2011

Untukmu yang bernama LELAKI~

Wahai lelaki,

Wanita punya hati bukan untuk kau lukai
Mereka menagih cinta suci minta dikasihi

Wahai lelaki,

Wanita punya keindahan bukan sekadar perhiasan
Mereka amaran dalam tingkahmu membelai iman

Wahai lelaki,

Wanita punya emosi bukan untuk dimanjakan
Mereka membawa maruah untuk kau pertahankan

Wahai lelaki,

Wanita punya jasad bukan pelempias nafsumu
Mereka aset mulia demi menjaga nasabmu

Wahai lelaki,

Wanita punya tingkah bukan untuk kau takuti
Mereka dilengkapi jiwa selayaknya kau hormati

Wahai lelaki,

Wanita punya hidup bukan untuk disia-sia Mereka itu lapangan permai bagimu menabur jasa Wahai lelaki, Jika engkau penyambung warisan junjungan Baginda, pimpinlah wanitamu dijalan hasanah mengharap redhaNya.


http://pakarcinta.com/blog/ingatlah-wahai-lelaki/

Thursday, 15 December 2011

We are nobody

salam wbt dan selamat hari jumaat buat semua..semoga hari ini kita semua berada dalam kerahmatan Illahi..sentiasa dalam barakah cintaNya..Cinta Yang Maha Agung..Allah swt.

Hari ini adalah hari baru...walaupun saat ini hari baru sudah di pertengahannya, Insyaallah hari ini penuh dengan sinar hidayah dan iltilzam. Alhamdulillah..panjatkan sepenuh kesyukuran pada pencipta kita..Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Allah SWT.
Suka untuk menyatakan jalan hidayah, jalan taubat masih terbuka luas buat kita semua..rebutlah ia.

Diberikan kita bersama hari ini adalah tanda Allah masih memberikan peluang untuk yang ingin bertaubat, bertaubat. Yang ingin menambah amal, menambah amal. Yang ingin berjuang, berjuang. Yang ingin berubah, berubah...Insyaallah demi satu matlamat..KeranaMu Ya Allah.

Dukacitanya hari ini ramai yang tidak menghargai kewujudannya.
Jadinya..hari baru dilalui sama seperti hari sebelumnya. Jika sebelumnya adalah sia-sia, maka hari ini sia-sia jugalah ia.


hari ini aku bangkit dari tido seperti hari hari sebelumnya.Insyaallah niat untuk berlegar dengan penuh manfaat di wad
Cardiology juga seperti hari hari sebelum ini.. tepat jam 8.00 pagi, aku tiba di wad dengan diri yang siap bersarapan dan kemas (bolehla). aku meneruskan langkah ke kaunter tengah untuk mengisi kedatangan buku log separuh tebal aku kira.mungkin juga tidak. Usai.. terus panahan mataku tertumpu pada board senarai nama patients yang menghuni wad berkenaan.
semua house officer dengan raut wajah sebayaku kurang lebih 2-3 tahun dariku sedang sibuk ke hulu hilir dengan tube dan picagarinya
for blood taking. aku hanya memandang dengan pandangan yang kosong.situasi begitu tidak asing bagiku.." ramai juga patient yang baru admit"..bisik hati. Ini adalah peluang..ayuh!! mulakan langkah.
bermula bed paling belakang. aku menghampiri patient satu persatu.harapnya dapatlah ku temui seseorang yang ada signs. sekali pun hanya pansystolic murmur!!
(bukanlah hanya..sekurang kurangnya).
Sampai di cube tengah( acute cube), dengan patient yang mostly dependent on mask, ventilator dan macam2 lagi. barulah aku perasan di satu sudut ada beberapa rakan sedang menyoal siasat pesakit infective endocarditis. keadaannya lebih baik dari semalam, pandangku dari jauh..dan aku menghampiri seorang patient di sebelah patient infective endocarditis. "ini patient baru"getus hati. case baru sebab accident..blablablaaa...then, contusion to the heart..erm, keadaannya juga begitu tidak mengizinkan..aku berlalu sehinggalah aku melintasi satu bed yang bertutup dengan tirai langsir..tekaku mungkin prosedur sedang di jalankan..manalah tahu sebab pak cik bed itu bedridden and on mask semalam dengan anak muda di sisinya.. tapi..kenapa tanpa bunyi?tapi kenapa suara nurse2 pregnant tidak kedengaran?..fikiranku penuh dengan kemusykilan..
tiba-tiba angin pusingan kipas di ward menolak birai langsir itu,maka ternampaklah sekujur tubuh siap berselimut putih..menutupi sepenuh tubuhnya..statik tanpa pergerakan sekalipun pergerakan dada hembus dan tarik nafas. Innalillah..bisik ku..Moga perjalananmu nanti di permudahkan..dan aku di singgahi perasaan takut,gementar,seram dan macam2 lagi..lalu cepat cepat aku beredar..Allah..hakikat kematian itu pasti..cuma masanya entah kan bila..bila di ingat kembali macam tu lah kita nanti..saat kita meninggalkan dunia ini..sekujur tubuh berselimut putih! menunggu masa di angkat pergi..

seketikanya, aku ke cube sebelah dan kebetulan, house officer sedang round dengan medical officer..aku memilih untuk join round setelah tidak nampak hasil dalam pencarian!! huhu.. sehinggalah patient yang ke 3, 2 lelaki berbaju asing(xtaw siapakah mereka) dengan katil troli menghampiri si mati..perlahan lahan tirai langsir di buka.barulah sekujur tubuh berselimut sepenuhnya jelas terlihat. juga perlahan lahan tubuh longlai itu di angkat dan di letak kan di atas troli itu dan kemudiannya ditutup. mengurangkan takut pada mata mata yang memandang. aku saat itu jauh sudah terpesong tidak lagi bersama sekumpulan doktor doktor yang sibuk membicarakan management patient patient di situ. mataku tertumpu pada seorang lelaki yang masih berada di katil patient yang sudahpun di bawa pergi. satu persatu barang milik pesakit di bawa di letakkan di atas katil..dari sekecil kecil barang sehingga ke sebesar besar barang. semuanya tersusun cantik di atas katil itu. Mataku terus tertumpu..sedikitpun tidak tertoleh ke sudut sudut yang lain. dan di antara barang barang itu, yang paling menyentuh hati ialah tongkat..setitis air mataku menitis, belumpun sempat titisan itu jatuh menuruni pipi, titisan kedua terus menyambungnya..Ya Allah, aku menangis. emosi sebak tak dapat di kawal lagi..aku berlalu sebelum sempat di hidu sahabat sahabat yang semakin bertambah memenuhi ruang ward.
Ya..tongkat.tapi kenapa tongkat yang membuatku menangis?
hakikat dunia tidak kekal,yang kekal hanyalah kenangan yang pernah terlakar dari waktu waktu yang telahpun berlalu.

tongkat itu adalah kenangan dari pakcik berkenaan..macam mane dari langkahan yang perlahan dari hari pertama melangkah masuk ke ward hingga hari terakhir di bawa pergi berselimut meninggalkan ward malah meninggalkan dunia dan keluarga selama lamanya..

siapakah kita? kita bukan sesiapa pun..kita adalah seseorang jika nilaiannya iman..iman yang begitu utuh, begitu kukuh..
mencantas noda hitam yang meresap ke dalam diri kita..

Innalillah hi wa inna ilaihirajiun..
Al-fatihah

Sunday, 11 December 2011

Aku rindu kapadaMu

Tidak ada yang dapat mencintaiku semulia Engkau mengampuniku. Sesungguhnya tidak ada! Hidupku ini penuh dengan dosa, aku juga tidak luput dari kesalahan dan aku suka tidak mengindahkan pembelaan-Mu. Ampunilah aku, ya Tuhanku, pencipta langit dan bumi yang Maha Berkuasa.

Kau Tuhan yang maha memahami, yang lebih mengerti aku daripada aku mengenal diri ini sendiri. Ajarkanlah aku mendekatkan telinga hatiku ke mulut-Mu yang penuh kuasa, sebab Engkaulah ya tuhanku yang menulis hidupku, aku percaya dengan imanku. Berikan aku hikmat ya Tuhanku, yang menyayangiku dengan tidak hanya memberi tetapi juga melarang, berikanlah aku hikmat yang baik dalam berpikir juga melangkah, maupun berperasaan dan berkata-kata. Aku bukan apa-apa tanpa Engkau, aku berharga di mata-Mu hanyalah karena-Mu.

Tuhan, tidak seujung kukupun aku berpikir untuk meninggalkan-Mu demi manusia, baik kerana perasaanku maupun ancamannya. Kepada-Mu aku berdoa supaya aku tidak menjadi lengah dalam melihat segala macam keindahan dan ketakutan, kemegahan dan keletihan, sebab Kaulah andalanku di dalam hidup, dan kerana Kau Tuhan yang maha hebat, aku tidak mengandalkan diri sendiri.

Terima kasih, Tuhan. Aku bangga memiliki Tuhan yang maha mendengar dan maha mengetahui, aku bangga aku dapat menceritakan apa yang aku rasakan. Demikian aku telah bercerita dan mengucap syukur, sebagaimana aku ingin selalu dekat dengan Tuhanku, supaya tidak hilang arah hidupku. Tuhan, aku rindu kepada-Mu. Amin.