Friday, 20 August 2010

~cahaya hati~

Bila hati payah mengingati Allah...
Bila hati tak syukur dengan kesenangan...
Bila hati tak sabar dengan kesusahan...
Bila kurang terkesan oleh peringatan...
Bila cintakan diri lupakan kawan...
Bila cenderung pada yang haram dan dosa...
Suka menzalim dan menganiaya..
~~itulah petanda hati telah buta~~

Paksalah hati mengingati Tuhan
Belajarlah syukur dengan yang ada
Hasil bersabar dengan apa yang tiada
Dekati sumur ilmu ceduklah titisan peringatan

Jauhilah yang haram dan syubhat
carilah bimbingan solehin terdekat
bersahabat dengan orang yang baik
pemurah, pemaaf dan bersedekah…
nescaya hati kan bercahaya semula!

~Rujukan:Ustaz Pahrol~

Friday, 6 August 2010

little

Salam wbt

Fear...
One thing that cripples my mind and soul....
drains of the strength to carry on....

wasalam

Saturday, 31 July 2010

rindu lagi

salam...
hari ni sedikit rasa duka tersemat di kalbu..
dipermulaan hari aku di uji makna sabar...sabar berhadapan dengan ujian kecil dari illahi..pada permulaan hari yang dimulakan dengan penuh senyuman..tiba tiba di ragut rasa hampa dan kecewa..berbaur sedikit dengan rasa marah..
tatkala kusyuk menelaah di meja seorang diri...dengan kepayahan melawan rasa sedih di uji di pagi hari...tiba tiba teringat emak dan ayah di kampung...kedutan usia di wajah mereka benar benar meruntun rasa sebak di jiwa ini..susah mereka tak dapat aku selami...moga Allah permudahkan segalanya buat ibu dan ayah...

hakikatnya aku ingin ....
...di peluk mereka...
....di ungkapkan kata kata semangat oleh mereka....
....di ingatkan aku ape yang harus ku lakukan saat sedih begini...


....aku rindu mereka..

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa,dan buah buahan.Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang orang yang sabar."(2:155)

dan betapa aku perlu bersabar tatkala di uji dengan sedikit ujian dariNya..innalillahi wa innailaihirajiun..
wassalam..

Saturday, 17 July 2010

sulit dan sakit

salam..

"You need to remember that what happen IN you is more important than what happend TO you"...

kehilangan daya tumpuan..
kehilangan daya ingatan....
pudar rasa kerajinan...

..........memenatkan diri ini..mencengkam tabah yang tersimpan...meresahkan hati........

“Sebahagian keelokan seorang mukmin adalah meninggalkan apa yang tidak perlu baginya” (Hadis Riwayat Tarmizi)

wallahuallam..

Sunday, 11 July 2010

sisa semalam

salam wbt.

Di saat kebimbanganku hadir...Persimpangan itu wujud..Terkapai kapai aku memilih jalan hidup..Di situ kegoncangan emosiku timbul dan di situ juga kegigihan yang lama tersemat di sanubari kian memudar..anyaman ketabahan ku mula menipis...Pergilah!!!
Jangan lagi pernah kalian hadir..mengocak tenangnya damai kalbu ini..
Ya Allah..berikan daku bahagia..berikan daku cerita gembira.. merasai tenang jiwa dalam pelukan kasihMu..Di jalan penuh berliku..
Ku mohon wahai tuhan..Luruskan langkahku..agar aku teguh menapak..kukuh berlari..meredah onak berduri,tanpa pedulikan..
kepayahan perjalanan ini.

"Wahai jiwa yang tenang! kembalilah kepada tuhanMu dengan hati yang redha dan diredhaiNya.Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu" (89:27-30)

wallahua'llam

Friday, 9 July 2010

keutamaan hidup ini

Duhai kalbuku..Amat sukar kutafsir nurani yang membisu ini..Walaupun pada hakikatnya..lancar benar melontarkan kata-kata..Dalam kepiluanku menerima suratan..Keredhaan yang utuh ku cuba bangunkan…Tertarah juga dek linangan air mata.Walau jasad ini sedaya upaya memangkas semua itu daripada berpucuk di hati.Tapi apalah qudrat seorang hamba yang ilmunya tak terjangkau ke sebalik dimensi kehidupan.Kata hati yang kadangkala sememangnya amat sukar untuk ditelah..ini hakikat insaniah yang lemah.Merungkai kebenaran..
Ya Allah yang Maha Kuasa..Ku tahu inilah yang terbaik untukku..Kerna mata kasarku masih belum berupaya untuk menerjah natijah disebalik kepayahan itu..
Rahmat disebalik ujian juga nikmat disebalik musibah...
Kugagahi jua perjalanan ini..Mengampuhkan benteng keimanan dengan kalamMu Al-Quran..
Ingatan pembasah bibir hanya padamu yang maha mendengar..Ketentuan dan ketetapan..Bakal menemukan cahaya yang ingin dicari.Semoga kasihku dan kasihMu bersimpul erat..Menjadi wasilah padaMu sang Khaliq..

"Keutamaan cinta yang kekal abadi..."

Monday, 7 June 2010

Elektif Terengganu..

salam..
sudah lama tak menulis..pada blog yang serba kekurangan ini..pada cetusan rasa yang tiada penghujung..sentiasa ada rasa..kadang-kadang rasanya enak..kadang-kadang rasa itu tidak bepaksi-rasa yang entah apa2...
keputusan peperiksaan telah di umumkan..alhamdulillah segala yang kuharapkan termakbul..moga moga perjalanku di permudahkan..program elektif akan bermula..sekadar bersetuju dengan pilihan tajuk ahli kumpulan - candat sotong,aku mula mengerah otak untuk berfikir perjalanan program ini..
Alhamdulillah..maka berkampunglah sahabat sahabatku di pondok usang kampung Rhu Dua -rumahku..Pada awalnya,aku agak kelam kabut..tapi itu bukanlah satu masalah yang besar..cuba letakkan diri ini pada tahap kematangan yang sepatutnya,aku melayan tetamu yang datang dengan sebaiknya..alhamdulillah..aku renung kembali,manisnya elektif ini terbina pada ukhwah yang terjalin walau cuma dalam tempoh seminggu..hingga sekarang ibu selalu menyebut gelagat serta gelak tawa mereka..tidak dapat ku nafikan,aku agak letih..tapi letih itu terbayar dengan satu nilai ukhwah..nilai kasih sayang..nilai kekeluargaan..nilai persaudaraan..nilai-nilai murni..berpegang kepada kata kata ini,tetamu datang membawa rezeki..membawa keluar bala dari rumah..aku panjatkan kesyukuran padaNya.
mencandat sotong - inilah buat pertama kalinya dalam hidupku..buat pertama kalinya aku berada di tengah lautan biru..pengalaman yang cukup indah aku rasakan..petang itu kami turun ke laut..aku serah segalanya pada Yang Esa..walaupun pada hakikatnya aku sangatlah takut..bot yang kami naiki terus meluncur membelah lautan yang pada awalnya berwarna hijau..perlahan lahan bertukar biru..aku,fairuz dan adia berada di bahagian belakang bot..manakala zhafri dan suhairi serta golongan lelaki yang lain berada di bahagian hadapan..kesempatan itu aku ambil untuk berbaring di atas pukat..memandang ke atas,memandang pada langit yang luas..langit biru dihiasi kumpulan awan nipis..menghasilkan corak yang pelbagai -cantik.fikiranku tenang sekali..tenang..angin petang itu sedikit kencang..sejuknya singgah hingga ke tulangku..ku peluk tubuh,menentang angin yang menyapa pipiku..tenang sekali..percikan dari ombak menyedarkanku dari khayalan..tiba-tiba aku teringat ayah..anak nelayan ini cuba membayangkan bagaimana susahnya ayah bertahan dengan sejuknya angin,dengan geloranya laut..maka tidak semena mena air mataku mengalir..ada sendu yang menemaninya..cepat-cepatku seka ia dari terus mengalir..ayah,akanku balas jasamu..insyaallah..janjiku.
Maka,bot berlabuh di tengah lautan..di kejauhan aku melihat kerlipan lampu-berderetan..panorama yang cantik..ku dongak ke atas,bintang bintang berkerlipan..subhanallah..tenang sekali- ubati stress dan penat yang bersisa untuk exam saban hari.semua orang bersiap untuk solat maghrib..umpan candat aku campakkan ke dalam laut..huh.percubaan yang penuh gaya..fikiranku tak tertumpu pada umpan yang telah di campakkan..aku hanya termenung jauh ke dalam lautan biru.entah apa yang ku fikirkan..aku sendiri dah lupa dan tidak tahu..Pak Teh Hin,pemilik bot itu menghampiriku.duduk di sebelah dan aku hanya tersenyum..sambil berulang kali memberitahunya "kite dok panda pok.."walau tidak di tanya.Pak Teh kenal ayahku..entah kenapa Pak Teh duduk dan bercerita kisah hidupnya padaku..aku hanya mendengar dan mengiyakan shj..detik hati.."orang tua tua suka bercerita.."tapi cerita nya bukan sekadar cerita..bermesejkan perjuangan..perjuangan yang perlu diteruskan oleh generasi kini..ada juga unsur unsur agama diselitkan..best3x..begitu semangat pak teh bercerita..ilmunya banyak..setiap hujah yang dikemukakan mesti disusuli dengan ayat-ayat Al-Quran..Aku masih ingat pesannya,ngaji al quran sapa lekat di dada..alhamdulillah..di tengah lautan kala itu aku di ingatkan dengan ayat2 dariNya..syukran Ya Allah..
Lucu bila kenang kembali pengalaman mencandat sotong ni..setiap kali mendapat sotong mesti di susuli dengan jeritan kerianganku-memecah kesunyian malam..di tengah badai..huhu..ada juga aku malas untuk tarik tali candat naik..kerana berat pada tali candat itu sama saja..hakikatnya sotong dah 2 ekor berjaya hinggap..mujurlah zhafri yang tolong angkat..huhu.
penat sudah berceloteh..akanku sambung lagi ceritaku lain kali..sekian..