Tuesday, 16 March 2010

down dowh..

salam..
seperti sedia kala lah..permulaan yang baik harus dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim..biar jauh bisikan syaitan,tidak bercampur dengan ledakan emosi lagi..
berkelip-kelip mata memandang syiling..ingatan pada mak dan ayah memenuhi ruang legar otakku..ku pejam mata..berat sekali rasanya tubuh ini.mungkin ada rasa penat ke kuliah yang masih berbaki..bisanya hanya akan hilang mungkin jika ku fikirkan laut..hurm..tenang - sehingga dapat melayani hembusan angin petang yang sepoi-sepoi bahasa..huhuhu..kuat benar aku melayan imaginasi..tiba-tiba terasa ingin mengimbau peristiwa apakah yang telah kulakarkan pada hari ini..saat inilah datang pula mood untuk muhasabah diri..hati ini berdetik lagi 'tak salah rasanya..'.hmm,sebelum menelaah,apelah yg telah ku lakukan pada hari ini??? sekadar mengarah otak untuk imbas kembali....itulah..
pagi yang indah tadi..permulaannya agk kelam kabutlah..kerana diri ini terlewat bangun..al maklumlah terasa enak pula tidur di malam harinya..bju belum bergosok,buku bersepah di atas meja,laptop dgn wayar yang hmmm..memang menyerabutkan pandangan sesiapa sahaja..boleh jadi nazak sekiranya keadaan adalah kritikal pada waktu itu..jadi aku tidak mahu menyerabutkan otak,ku pilih untuk mandi dahulu..hmm tidak boleh terlalu lama kerana bju tdk lg bergosoklah..
alhamdulillah,akhirnya bilikku kemas seperti sedia kala..7.46 pagi..pintu bilik ku tutup dan kukunci..kesian tirah,roomate kesayangan sudah pun menanti di luar..aku lambat lagi hari ini..apa lah.Ya Allah,kepadaMu aku berserah...langkah kaki ku mulai..alamak,dah lambat..
sampai sahaja di fakulti,terus ke tingkat enam..dan seperti biasalah pagi itu ada pula ECE..tapi rasa semacam je..macam da lupa..lupa apakah??lupa cara untuk menemu bual pesakitlah..adoyaaa..hmm,harap-haraplah bukan aku yang kena bwt hari ini..'alaa,dorang ramai je yang tak kena lagi'..lalu ku buat rilex sahajalah..Dr.khadim jawad..doktor yang sgt dikagumi,pakar bedah.beliau menjadi guru Ece pada grup kami hari ini..sementara menanti primer datang ke bilik kami,maka doktor khadim mengingatkan setiap langakah untuk bertanya soklan2 yang sepatutnya..dan aku??dengar dan taklah nak dengar sangat sebab nota yang ku buat da hampir-hampir smalah dengan yang diulas doktor..jadi aku sibuk membaca sal diarrhea-cirit birit..dan pintu bilik di kuak..rupanya primer da sampai..melihat sapekah primer itu,ku bulatkan tekad untuk tidak menjadi volunteer bg interview itu..walau apepun yang terjadi..tidak akan.tambah hati kecil ini lagi.
syidiq org pertama..adoyaa,cuak sekali mukanya..muka yang jelas tidak bersedia.manakan tidak cuak kalo nama dipanggil secara tiba-tiba..dan aku??masih lagi kusyuk membaca..tidak kuhiraukan agenda yang berlaku di depan mata..maka bermulalah sesi interview itu..sekali sekala ku toleh ke arah syidiq..huhu.cuak lagi.dan dia tersenyum tatkala pesakit mengadu sakit perut..aku hanya tersenyum,kembali mengadap bukuku..
selesai sudah..baru ku berikan perhatian pada setiap kritikan-kritikan yang dilemparkan oleh doktor dan puan primer..tup tap tup tappp..siaplah syidiq.maka mangsa seterusnya..aku hanya berdiam diri,begitu juga sahabat-sahabatku..dan popo bangun-c gadis rajin untuk mencuba..lantas,di halang oleh zaidi kerana tidak memberikan kesempatan kepada kawan-kawan yg jrg-jrg mencuba.kesian popo..lalu aku mengeluarkan suara menggesa zaidi untuk menemu bual.aiss...hai zaidi,berjuta alasan pula dia kemukakan..suasana diam seketika.lalu,sya pun berdiri ingin mencuba..dan tidak terduga dgn tidak semena-mena, puan primer meminta aku untuk menemubualnya..
jantungku seakan berhenti berdegup,bumi pula bagaikan berhenti dari berputar pada paksinya..jari-jari halusku mula menunjukkan rentak gigilnya..dan bermulalah getar di dada-getaran yang luar pada kebiasaan..huhuuu.aku mengutip nota-nota.dengan langkah tidak bersedia,aku duduk mengadap primer..otakku mula mencari idea untuk meletakkan diri pada kedudukan seorang yg profesional..tidak juga berjaya..bisik hati,"buat je lah weh..primer tu berlakon je laa.." menyedapkan hati lagi..dan aku terus mulakan..igtkan berlakon sbagai puan farah,tapi sebagai letcumi..adoyaa.dengan gaya india nya,maka primer mulalah menceritakan masalah kesihatannya pada hari ini..diarrhea.dan aku tergelak kecil kerana tidak tahan dengan gaya dan caranya yang mimik india.soalan tidak mengikut urutan daa..tetapi ku teruskan jua..geram juga letcumi ni,byk songeh...bum bang bum bangg..maka abeslah..
heheheee..apa-apapun..yang best nye, aku dpt "u r not profesional.u have to put urself in the patient's situation..you r not empathy"..dan setiap kali kritikan di lontarkan,hatiku menjawab..yes,im not acting like im a professional..yes,i noe,i have to be and to feel what patients feel..and of course i can't show my emphaty by acting like this..kelip-kelip kawanku melontarkan pandangan padaku..aku si tabah..kiriku dr.khadim dan kananku puan primer..bagaikan tiada ruang untuk mencelah..last sekali,aku sudah menjadi geram,dan aku membalas semua kritikan-kritikan..and yes,im wrong..ermm,this is the learning process rite.so,i juz accept..
dalam hati sudah tertanam tekad dan azam..bahawa se nya aku bukan seperti yg di katakan..i can do it..even better after this..huhu..ku berlalu dengan senyuman paling manis..dan zaidi lah orang yg akan ku serang selepas ini..desus hati kecil lagi.

apa-apapun..mood spoiled!!huhu..jdi untuk menghilangka rasa tidak enak itu,aku menjadi hyperactive di waktu pbl..and lastly..im happy..

telah penat diri ini mengarut ngarut..jadi sekian sajalah..
wasalam..

Monday, 15 March 2010

lenaku

salam...

mggu ni ase nk pengsan...tensen sgt..tensen apekah? i dun noe..2 kali hujung minggu tidak berteman..last-last semalam menangis jugak..hai roomate..hmm.sunyi la rasa..tepon mak pun sudah..skrg tengah boikot fadil, kak pun senyap je..semua orang pun senyap je..oleh itu,sy pun akan berdiam diri..bolehkah?
kalau mati pun orang tak taw..seorang diri terpinggir di halaman sepi..
hari ini sekadar layan-layan perasaan yang tak keruan..melayan hati yang tak tenang..menjawab setiap persoalannya yang entah apa-apa..anyway,lectures??hmm..so far = always zeroooo!!
nadiah..sygku dya..wake up dear..open and revise ur study now..hmm..mggu ni,lecturers sume tanya soklan yang modul lepas2..what can i sy bout their expression?- dissapointed..bila tny je..kwn sume tup tap tup tapppp...mcm bertih jagung,bru masak..haaa.sume info di hujung jari..
aku pula??? g mn?seperti meja dan kerusi sj lah..diam termangu melayan soklan-soklan otak yang tak berhenti.. "cane dorang study ni..cane dorang bole igt sume ni.cane ni..cane ni..cane ni..bole jd doktor ke ni..bole rawat org ke ni kalo mcm ni..Ya Allah.."..rase lemah pula..akhirnya aku pejamkan mata..biarkan mereka dgn isu mereka..ku buka mata,kelip-kelip dan pejam semula...dan aku terdengar suara manusia- riuh rendah sekali..
barulah ku tahu,bahawa se nya,diri ini terlelap sebentar..fokus!!!
haii sygku dya..bangunlah!!

wasalam..

Saturday, 13 March 2010

Sabar lagi..

salam wbt..
dan untuk setiap apapun permulaan,mulakanlah dengan membaca basmallah..Mudah-mudahan ia mampu menangkis tiap-tiap bisikan syaitan juga gelora emosi saat ini..

wahai sahabat..dalam kita melangkah menuju Allah,terkadang diri ini diuji dengan ujian yang terasa amat berat hingga kita terduduk dan menangis..
ingatlah wahai sahabatku sayang..renungkanlah ke dalam diri kita..mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar ..kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi banyak pula dugaan datang..kadang-kadang kita minta cerdik,tapi masalah pula timbul..kadang-kadang kita minta kebahagiaan, tapi huru hara pula jadinya..
Dugaan inilah yang menjadikan diri kita kuat..masalah inilah menjadikan kita berfikir..dan huru hara inilah yang menjadikan kita tabah..Hebatkan Allah..semua ada hikmah.Kalaulah manusia menghayati hadith ini."..telah berkata jibril:wahai Tuhan,tunaikanlah hajat hambaMu..maka Allah menjawab:biarkan hambaku itu,kerana aku mencintai untuk mendengar suaranya "..anas b. malik..
"Allah tidak menurunkan beban yang tidak mampu di pikul oleh hambanya"..

wallahua'llam...

Go on Dya..=)

salam...

sygku DYA..teruskan langkahmu dan mara ke depan..jangan kau toleh pada lakaran memori hitam yang telah kau tinggalkan..
biar bersemi cintaMu hanya untuk Allah dan Rasulullah..Saat ini mungkin hatimu gelisah..mungkin hatimu gundah..tapi gundah dan gelisah itu akan terbalas dengan kemanisan.InsyaAllah..
Sygku DYA..Sayang itu untuk dirimu...kerana sudah lama syg itu pudar..engkau tidak membenarkan sayang itu terpahat kukuh untuk dirimu sendiri..
jangan kau biarkan syg itu berlalu pergi untuk kali keduanya..kerana engkau telah mengukir janji..janji kepada dirimu sendiri..
Dan hari ini Sygku DYA termenung mengikut rentak hati- setiap yang berlaku adalah mengikut ketetapanNya..
ada manis di sebaliknya pahit..ada bahagia di sebaliknya sengsara..ada penawar di sebaliknya sakit..sabar ye sygku DYA..saat itu pasti tiba..jangan bersedih lagi-la tahzan....

Sygku DYA..jagalah dirimu..
kata hati kecil DYA lg "Alangkah indahnya menjadi rumput,dipijak-pijak di lenyek-lenyek hingga hancur bertaburan..tapi pengakhirannya tidak dihisab Allah.."

"Ya Allah,berikan aku kekuatan.."

wallahua'lam..

Friday, 12 March 2010

selamatkanlah ia..

salam..
sudah lama tak solat malam..
sudah lama tak menangis sesal dengan kekhilafan...
sudah lama tak mengadu kasih untuk setiap beban..
sedang kusut dan badai semakin hari mencengkam diri ini..
tiap hari ada saja pengaduan,pengaduan insan kepada insan - kecewa dan gundahnya tetap sama..tidak kurang walau sedikit,malah semakin memberat..

hatiku sudah lama berpenyakit..semakin hampir dengan saat kematiannya..ia nazak..Ya Allah..ia nazak...masyaAllah..
hati ini perlukan ubat..hati ini perlu dirawat..
tiap kali bicara ilmu bermula,seolah-olah cahaya suci ilmu terpantul dari hati ini..
bukan meresap,malah jauh sekali ia pergi..meninggalkan hati ini sndiri..
Ya Allah,berikan kelembutan pada hati ini..biar bisa pada lembutnya hati boleh melenturkan tiap-tiap anggota badan ini...beribadat,beramal,dan untuk setiap kali pergerakannya hanyalah untukmu Ya Allah..

Ya Allah..betapa aku rindu untuk merasai nikmatnya halawatul iman..betapa aku pingin menjadi wanita solehah seindah Siti Khadijah..betapa aku damba curahan rahmat dan petunjukmu Ya Rahman..
Sedang diri ini dalam kepayahan mencari jalanMu,aku tenggelam,tenggelam dengan persoalan sendiri - layakkah diriku ini..??Hampir sekali aku berputus asa..

Rintihan hati ini menyesakkanku Ya Allah..Ya Allah,Engkau Yang Maha Mendengar buatnya setiap detik waktu.

selamatkan hatimu wahai puteri..
wassalam..

Thursday, 25 February 2010

AiR mAtA Ibu..

Salam..Kupanjatkan rasa syukur pada Illahi kerana masih di beri kesempatan untuk bernafas dan berada dalam nikmat iman dan islam pada hari ini..Mudah-mudahan aku berada dalam nikmat ini hingga nafas ku yang terakhir..saat ini aku rindu ibu..aku risaukan ibu..kadang kala tidur mimpikan ibu..sedih ini sering bertandang setiap kali igt pada ibu..Ya Allah Yang Maha Mendengar..hati kecilku sering membisikkan nama ibu,lindungilah ibuku Ya Allah...
mahu sekali aku katakan pada dunia betapa aku sayangkan ibu..juga ayh..mahu aku khabarkan pada sahabat sekalian mereka mesti sayangkan ibu dan ayah..sajak ini ku ambil kerana aku suka..tajam dan dalam maksudnya..cukuplah dengan cara ini aku lontarkan rasa.. betapa aku kagum,betapa aku kasihkan ibu..betapa tingginya pengorbanan ibu..


Air mata ibu mengalir..
bila mendengar tangisan si kecil,
masih merah salutan darah kelahiran...
Biarpun penat bersabung nyawa,
senyuman tetap terukir..ceria memekar taman jiwa...
Segala puncak sengsara hancur semerta,
selamatlah zuriat melihat dunia...

Air mata ibu menitis lagi..
kali ini bimbang resah mengulit diri,
sepanjang malam berjaga gelisah..kerana si kecil masih mentah
meraung sakit ditimpa musibah...

Hari itu air mata ibu bergerimis lagi,
bukan kepiluan tapi kebanggaan,
melihat permata digilap kejayaan..tak kering bibirnya dengan senyuman,
tak lekang lidahnya pujian kesyukuran...

Tika itu juga, air mata ibu bergenang kelukaan,
hati tua robek, sarat menahan calaran...
permata kesayangan hilang kilauan kemanusiaan,
didikan selama ini tiada pedoman,
akibat gelap hati iman harta nafsu jadi panduan...

kemuliaan ibu..hilang ditimbus padam,
insan mulia yang sarat pengorbanan
kini ditinggal gersang...

Rintihan si ibu,
Kesepian...
Kesedihan...
Kekecewaan...

Bukanlah balasan jasa pintaan jua,
cukuplah secebis kasih permata...
sementara jasad bersisa nyawa,
biar tenang menutup mata...

sekian..biar bukan nukilan diri ini..tapi diri ini sangat menghargainya..diri ini sayangkan ibu.doaku untukmu ibu,agar dikau sentiasa dalam rahmatNya..
wasalam..

Muhasabah cinta Illahi..

Suatu ketika..aku hanyut dalam arus kehidupan.Lekanya aku dengan dunia yang fana ini
Cinta berteraskan nafsu,perintah dan larangan Mu tidak ku hiraukan,azab dan seksaan Mu tidak ku risaukan,syurga dan neraka tidak ku fikirkan… Aku yang hina..
Suatu hari…Engkau datangi aku dengan ujian Mu.Berat sekali aku rasakan..Kau uji aku dengan kegagalan,musnah segala harapan,termangu hamba Mu ini bergelut dengan kesedihan…

Ya Rahman…
Saat itu seakan gelap..sukar benar bagi ku menerima kenyataan.Dan itulah hakikat.Ku bertanya di mana kesilapan dan kesalahan,hingga ku persoalkan apa yang telah Engkau takdirkan,hati kecilku menjerit di mana keadilan dan belas kasihan Mu oh Tuhan!

Kini..barulah ku sedari,pada kegagalan yang ku anggap suatu ketidakadilan itu sebenarnya terselit nikmat kasih sayang Mu ya Rahim,Kegagalan itulah yang membawa aku untuk mula mengenali Mu..Disebabkan kegagalan itulah aku menyedari bahawa dunia tidak patut dijadikan matlamat,Cinta berlandaskan nafsu tidak patut dijadikan buruan..Ya Allah..
Ya 'Azim...Inginku luahkan kesyukuranku kepada Mu kerana di antara berjuta manusia,
engkau telah sudi memilih diriku yang hina dina ini untuk menerima taufiq dan hidayah dari Mu..
Ya Allah..Aku panjatkan kesyukuran kepadaMu dan janganlah kiranya Engkau membiarkan diriku terus tersesat dalam kehidupan yang serba sementara ini,
Meskipun ketika itu aku sering tewas dengan hambatan nafsu yang tak pernah jemu membawa aku lalai dari mengingati Mu..Bahawa sesunggungnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…
Ya 'Aziz…Izinkanlah aku untuk terus berada di dalam jalan Mu ini untuk selama-lamanya,janganlah Engkau kembalikan aku ke lorong gelap yang membawa kepada kesesatan-walau hanya sesaat,ampunkanlah kejahilan dan kelalaianku selama ini, pimpin dan bimbinglah hamba Mu yang lemah ini ke arah cinta Mu...Aku ini hamba hina dengan sejuta palitan dosa,dengan akal singkat kurniaanMu-teraba aku dalam sinar yang kadang terang,kadang kelam..Ku mohon agar Engkau teguhkanlah tugu keimanan ku dan benarkanlah aku untuk merasai halawatul iman..Anugerahkanlah kepada ku kekuatan dan kesabaran..Pekakkanlah telinga ku dari sebarang sindiran dan ejekan,kebalkanlah jasadku dari segala kesakitan,dalam menjalankan amanah yang Engkau pikulkan di bahu ku…
Ya Khaliq..Jadikanlah setiap hembusan nafasku,setiap kelipan mataku,setiap degupan jantungku,setiap helaian rambutku,setiap bait perkataanku, setiap hayunan tanganku, setiap langkah kakiku dan setiap titisan darahku,Hanyalah untuk Mu…
Sebelum saat ajalku tiba, ingin ku merayu kepada Mu bukakanlah pintu hati insan di sekelilingku untuk mengampuni dosa-dosaku terhadap diri mereka,lancarkanlah lidahku untuk menjawab soalan malaikat utusanMu,luaskanlah dan terangilah tempat pembaringanku,meriahkanlah pusaraku dengan ayat-ayat suci Mu,permudahkanlah perjalanan ku di alam seterusnya...
Ya Allah...curahkanlah redha Mu terhadapku sepanjang hayatku
Dan izinkanlah aku untuk mengadapmu Di dalam Jannah yang serba indah...

Dan esok..andainya aku tidak bernafas lagi,sampaikanlah ucapan selamat tinggalku kepada insan yang ku sayangi,bimbinglah mereka agar dapat ku bertemu dengan mereka lagi...di pertemuan yang hakiki-
di dalam syurga yang kekal abadi...amiin..